in

“Kita x bleh jumpa ayang selagi Muhyidin Yasin x bagi keluar” – Adik Ini Luah Rindu Kekasih Selepas Terlalu Lama Kuarantin

X 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudahpun memasuki 11 hari, so far hari-hari anda bagaimana, okay ke? PKP juga bermaksud anda tidak boleh keluar berjumpa dengan yang tersayang, membuatkan perasaan rindu kepada si kekasih semakin menebal dan menular di dalam hati.


Itulah yang terjadi kepada adik kita ini, Arif Syahmi yang rindukan kekasihnya.

“Ayangg… Biey dh x sanggup dduk terkurung mcam nim semakin ari semakin biey merindui ayang gelak tawa kita mase balik sekolah smua tuh x dpat biey lupakn bgitu saje”

Ayangg… Biey dh x sanggup dduk terkurung mcam nim semakin ari semakin biey merindui ayang gelak tawa kita mase balik…

Posted by Arif Syahmi on Thursday, March 26, 2020

Dengan panggilan manja Ayang-Abiey, adik Arif Syahmi meluahkan rasa rindunya untuk bergelak ketawa semasa pulang daripada sekolah bersama kekasihnya, ‘Ayang’.

91103384 552173515650263 7386187110132219904 O

“Kita x bleh jumpa ayang selagi Muhyidin Yasin x bagi keluar”

Sambungnya lagi, adik Arif meluahkan bahawa dia juga mahu keluar untuk berjumpa dengan ‘Ayang’, namun tidak berani untuk keluar rumah selagi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin tidak membenarkan rakyat untuk keluar rumah.

“Biey janji bile coronanvirus semua dah mati biey akan vaksinkan sebanyak mungkin rindu cinta dan sayang biey yg tertangguh ke dalam ati ayang”

Di akhir ayat, adik Arif membuat janji akan membalas rindu yang tertangguh ini dengan ‘memvaksinkan rindu cinta’ kepada buah hatinya.

Post yang mendapat 21,000 sukaan dan 15,000 perkongsian ini mendapat perhatian ramai warganet yang terhibur dan juga mengecam kisah cinta suci adik Arif.

Terkesan dengan hasad dengki netizen terhadap kisah suci cintanya, adik Arif Syahmi memuat naik dua lagi post untuk menjelaskan tindakan beliau.

Ade orang marah kat sy ckap snggup bodohkn diri memalukan mak bapak post itu ini kat facebook?. Biar jew lah yg malu mak…

Posted by Arif Syahmi on Friday, March 27, 2020

 

“Ikutkan hati nak jew sy delete tapi pikir² balik takut rugi pulak sebab banyak like ngn komen ngn share lagih”

Kadang² tuh sy sendiri pon malu bile baca balik post sy yang lepas²?. Macam nk gelak pon ade?. Ikutkan hati nak jew sy…

Posted by Arif Syahmi on Friday, March 27, 2020

Dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang penuh dengan tekanan ini, usahlah kita bergaduh disebabkan sesuatu perkara yang kecil.

Diharapkan adik Arif Syahmi dapat berjumpa dengan kekasih hatinya selepas tamat tempoh PKP ini. Amin.

 

BACA: “Sultan merupakan bayangan Allah dibumi” – Kenyataan Tunku Idris Menimbulkan Persoalan Ramai Pihak

Cats 24

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.