in

“Kita ni satu family” – Buat ‘Prank’ Ketika MDS, Fasi UiTM Mohon Maaf

Fasi Uitm Prank

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekumpulan fasilitator UiTM Segamat tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan tular video prank bergaduh semasa orientasi pelajar baharu demi menyambut hari jadi rakan mereka.

Menerusi satu hantaran video di TikTok, seorang fasilitator yang mewakili rakan pemimpinnya telah mengakui bahawa idea prank berkenaan sememangnya tidak sesuai untuk dilakukan dalam tempoh Minggu Destini Siswa (MDS).


“Saya mengakui kesilapan saya. Pertama sekali, mungkin kandungan yang dibuat tu tak berapa sesuai. Apa-apapun, saya kena mengakulah. Memang itu kesalahan yang kita tak boleh nafikan,” katanya.

Artikel berkaitan: “Ramai tag saya…” – Kecoh Isu MDS UiTM, Ini Respon Pengerusi MARA

Artikel berkaitan: Lagu UiTM Di Hatiku Viral, Jadi Lagu Latar Video Graduan Luar Negara

Katanya, walaupun video berkenaan ditularkan daripada pihak mahasiswa sendiri, pihaknya berharap agar mereka semua dapat saling memaafkan kesilapan masing-masing.

@youcantfindmiii

biar video yang berbicara☺️ #uitmdihatiku #uitmsegamat #terbangbersamamdscj #flyhighuitmsg #fyp

♬ original sound – mii ᯤ 𓈆1% – mii ᯤ 𓈆1%

“Mungkin apa yang difikirkan netizen itu dan apa tindakan netizen terhadap saya dan terhadap anda semua mungkin tidak sesuai, saya harap semua enjoy.

“Saya mewakili keseluruhan Pemudahcara Siswa (PM) meminta maaf kerana menyebabkan nama kami dan nama anda tercalar,” katanya,

Dalam pada itu, dia juga berharap orientasi yang dikendalikan menjadi kenangan buat semua mahasiswa.

“Walaupun isu viral ini bermula daripada kita, mungkin ada yang tersilap untuk menularkan video tersebut… cuma saya mengharapkan kita semua satu family.

“Saya buat silap, dia buat silap, antara kita pun ada kesilapan. Saya harap, mulai hari ini kita memaafkan antara satu sama lain,” ujarnya.

Terdahulu, video tular itu telah mencetuskan rasa kurang senang netizen sehingga ada yang meminta pihak atasan untuk melihat perkara tersebut.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.