in

“Kita dah lihat dan belajar dari Sabah” – KKM Saran Jangan Buat Pilihan Raya Buat Masa Sekarang

Collage 48

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam sidang media harian Perkembangan Kes Covid-19 semalam, Ketua Pengarah KKM, Dr Noor Hisham mengatakan yang pihaknya menyarankan agar sebarang pilihan raya tak diadakan buat masa ini, lapor Awani.


Kami hanya boleh memberi cadangan supaya pilihan raya tak dibuat pada masa ini. Saya rasa kita telah melihat dan mempelajari dari Sabah. Kita harap kita tidak perlu ulangi konsekuens daripada pilihan raya ini di negeri lain.”

Pun begitu, Dr Hisham mengatakan sekiranya pilihan raya tak dapat dielakkan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, pihak KKM akan berbincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya bagi meneliti kaedah berbeza untuk laksanakan pilihan raya.

Noor Hisham Abdullah 12 Compressed Final 2

Tidak boleh rentas sempadan, tiada rentas daerah dan tidak boleh balik kampung untuk pilihan raya. Kedua, tidak dibenarkan perhimpunan dan ketiga, tiada lawatan rumah ke rumah.

“Jadi ini adalah tiga isu utama yang kami perlu bincangkan dengan SPR sama ada kita boleh laksanakan undi pos dan sebagainya. Kami akan terus berbincang dengan SPR untuk memperbaiki keadaan.”

Semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan yang kerajaan tak ada kuasa untuk menghentikan pilihan raya kecil di Batu Sapi Sabah selepas Ahli Parlimen, Datuk VK Liew meninggal kerana ia di bawah bidang kuasa SPR.

Sementara Ketua Menteri Sarawak dan Timbalannya sebelum ini pula turut menyuarakan hasrat untuk membuat pilihan raya di Sarawak selepas melihat kejayaan mereka membendung Covid-19 di negeri itu dan melihat negara-negara lain buat perkara yang sama.

 

Baca: “Hentilah politik seperti ini” – MP Dikecam Sebab ‘Janji’ Kes Covid-19 Di Sabah Akan ‘Hilang’ Lepas Pilihan Raya Tamat

Screenshot 2020 10 28 At 11.42.31 Am

Sumber: CodeBlue

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.