in

“Wira tak didendang” – Jururawat ‘Off-Duty’ Jadi Penyelamat Wanita Tercekik Makanan

Jururawat Selamatkan Wanita Tercekik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan pantas seorang jururawat membantu seorang wanita yang tercekik dan sukar bernafas dalam kejadian di Hospital Pantai Ipoh pada 4 Mei lalu meraih pujian ramai.

Menerusi perkongsian pihak hospital, jururawat yang dikenali sebagai Siti Maisyura ketika itu baru sahaja selesai menjalani syif malam dan sedang menunggu temu janji susulan anaknya berhampiran sebuah kafe dalam hospital berkenaan.


Situasi tiba-tiba bertukar cemas apabila seorang wanita yang berada di meja makan bersama ahli keluarganya tercekik serta mengalami kesukaran bernafas.

Dalam keadaan berpakaian kasual serta berbekalkan pengalaman dan latihan sebagai petugas kesihatan, Maisyura bertindak pantas memberikan bantuan kecemasan dengan menggunakan teknik Heimlich Maneuver.

Tindakannya itu berjaya menyelamatkan nyawa wanita berkenaan yang dilihat kembali bernafas seperti biasa beberapa ketika kemudian.

Artikel berkaitan: “Mula-mula topi timbul, lepas tu kasut…” – Lelaki Kongsi Detik Cemas Selamatkan Budak 9 Tahun Jatuh Lubang Kumbahan

Artikel berkaitan: “Saya lega dapat membantu tapi…” – Niat Baik Nak Tolong Mangsa Kemalangan, Tiba-tiba Nurse Dituduh Langgar Mangsa Pulak??

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pantai Hospital Ipoh (@pantai_ipoh)

“Dalam detik mencemaskan itu, Maisyura bukan sekadar seorang jururawat, beliau adalah penyelamat,” ujar hospital itu lagi.

Perkongsian mengenai tindakan jururawat berkenaan turut menerima pujian ramai yang menyifatkannya sebagai wira sebenar walaupun sedang berada di luar waktu bertugas.

Maisyura

Tindakan luar biasa Maisyura turut diraikan pihak hospital baru-baru ini sempena Hari Jururawat Antarabangsa 2026.

Pihak hospital menzahirkan rasa bangga atas dedikasi dan kecekapan yang ditunjukkan oleh kakitangan mereka.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.