in

Kisah Sinead O’Connor Jadi Muslim Lepas Baca Quran & 7 Artis Hollywood Lain Yang Dah Peluk Islam

Collage 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi Irish, Sinead O’Conner yang berjaya memikat hati ramai orang pada awal 90-an dengan lagu cover ‘Nothings Compares 2 U’ dilaporkan telah meninggal dunia semalam di usia 56 tahun.


Dengan penampilan rambut botak dan baju tak mengikut tubuh badan, Sinead dilihat sebagai cabaran kepada budaya popular mengenai kewanitaan dan seksualiti.

Selain itu, penyanyi ini juga turut terkenal dengan kelantangannya apabila bercakap tentang isu politik dan kesihatan mental lebih-lebih lagi selepas dia disahkan menghidap gangguan bipolar dan anak lelakinya, Shane meninggal dunia kerana membunuh diri pada tahun 2022.

Sinead Memoir.jpg

Pada tahun 2018, Sinead O’Connor mengumumkan bahawa dia telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Shuhada Sadaqat.

Menceritakan tentang pengalamannya, Sinead mengatakan dia mula belajar kitab-kitab dari pelbagai agama untuk mencari kebenaran tentang Tuhan.

Saya tak terfikir yang saya akan sertai mana-mana agama tapi saya baca Islam akhir sekali kerana saya ada banyak prejudis tentang Islam.

“Tapi bila saya mula membaca dan saya hanya baca surah kedua di dalam Al-Quran dan sedar yang selama ini saya seorang Muslim tanpa saya sedari.”

Dekat bawah ni juga adalah senarai selebriti-selebriti Hollywood lain yang telah memeluk Islam:

1. Muhammad Ali

Muhammad Ali Wide.jpg

Muhammad Ali atau sebelum ini dikenali sebagai Cassius Marcellus Clay merupakan seorang peninju profesional Amerika dan aktivis yang telah diberi gelaran “The Greatest”. Ali telah disenaraikan sebagai peninju heavyweight terhebat sepanjang sama dan salah seorang tokoh sukan terpenting pada abad ke-20. Pada tahun 1964, ketika beliau memenangi kejohanan tinju heavyweight, beliau telah mengumumkan tentang berita memeluk Islam dan mengatakan “Aku percaya pada Allah dan keamanan.”

2. Shaquille O’Neal

5C353Fda Shaq.png

Pemain NBA Shaquille O’Neal telah bermain dengan enam pasukan berlainan sepanjang 19 tahun kerjayanya. Apabila disoal ketika temubual pada tahun 2010 tentang siapa pemain tengah terbaik sepanjang masa, Shaquille menjawab, “saudara Islam saya, Hakeem Olajuwon”. Dia kemudiannya telah mengesahkan keinginannya untuk melawat Turki dan satu hari nanti mahu menunaikan Haji di Mekah.

3. Dave Chappelle

Dave Chappelle Screening.jpg

Dave Chappelle telah memeluk Islam pada tahun 1998. Tujuh tahun kemudian, pelawak ini memberitahu Time bahawa dia tak mahu bercakap tentang agamanya secara umum kerana tak mahu orang mengaitkan dirinya dan keburukannya dengan benda yang baik.

4. Mike Tyson

4Cb9A5845F1Cc3A0C0Baa68B35Bbf11D7C Miketyson.jpg

Bekas juara heavyweight dunia, Mike Tyson yang telah memegang ketiga-tiga tali pinggang kejuaraan utama yang ditawarkan oleh tinju ini merupakan seorang Muslim dan berbangga dengan agamanya.

Mike Tyson telah memeluk Islam pada tahun 90-an dan mengatakan bahawa dia turut menjalankan pelbagai ibadah termasuk menunaikan Haji di Mekah.

5. Jermaine Jackson

Gettyimages 92394809 Copy

Penyanyi yang juga abang kepada Michael Jackson ini telah memeluk Islam selepas bercuti di Bahrain.

Saya rasa jika orang Barat dapat melihat Islam yang sebenar-benarnya dan berhenti mengaitkan perkataan ‘pengganas’ dengan Muslim dan Islam, dunia akan lebih aman kerana ia merupakan agama yang paling suci.”

6. Cat Stevens

585437

Penyanyi folk Yusuf Islam atau sebelum ini dikenali sebagai Cat Stevens telah memeluk Islam pada tahun 1977. Dia kemudiannya telah melelong kesemua gitarnya dan meninggalkan kerjaya muziknya untuk fokuskan dirinya dengan mendalami agama barunya itu sebelum mengangkat gitarnya semula selepas nahas 9/11.

7. Busta Rhymes

Mgid Arc Imageassetref Bet.com Bbd92644 48B5 11E7 A442 0E40Cf2Fc285

Artis hip-hop Busta Rhymes merupakan seorang Muslim dan sering mengaitkan kejayaannya dengan kepercayaannya.

Saya sentiasa cuba untuk faham segala aspek tentang yang tertinggi. Pada saya, yang tertinggi itu Allah dan saya jalani kehidupan saya mengikut ajaran Islam.”

 

Baca: Kisah Ibrahim Richmond, Paderi Yang Masuk Islam & Bawa Ribuan Pengikut Ucap Syahadah Lepas Dapat Mimpi

Collage 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.