in

Kisah Perisik Mossad Yang Hampir Menghancurkan Syria Daripada Dalam

Cats 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Eli Cohen, seorang ejen Mossad yang hampir dilantik menjadi Menteri Pertahan Syria. Kisah licik pengintipan beliau pernah menjadi bualan dunia pada satu ketika dahulu, sehingga menjatuhkan kredibiliti pemerintahan Syria di mata dunia.


1 10

Eli Cohen dilahirkan pada 1924 di Alenxandria, Mesir. Keluarga Cohen berpindah daripada tanah Arab ke Israel selepas tertubuhnya negara haram itu disebabkan sikap anti-semitism penduduk di Mesir.

Anti-semitism: Sifat benci kepada kaum Yahudi

Selepas berpindah ke Israel pada 1956, Cohen telah berkahwin dengan Nadia Majald, seorang imigran dari Iraq. Mereka akhirnya menetap di bandar Bat Yam.

2 2

Cohen cuba untuk menyertai Mossad, agensi perisikan Israel yang digeruni dunia, namun permohonannya ditolak pada ketika itu.

Pada ketika itu, Syria boleh dikatakan sentiasa satu langkah di hadapan apabila Israel mahu menyerang atau mengintip mereka, membuatkan Mossad sedikit goyah.

Akhirnya pada 1960, Cohen direkruit oleh Mossad selepas dia dilihat mempunyai potensi untuk menjadi ejen yang cekap.  Untuk menjayakan misi pengintipan ini, Cohen diberikan identiti baru dengan nama Kamel Amin Thaabet.

Eli Cohen menukar identiti kepada Kamel

Dalam identiti ini, Kamel ialah seorang usahawan berbangsa Syria yang menetap di Argentina dan sudah lama tidak pulang ke negara asalnya, Syria.

Kamel (Cohen) telah diberikan dana yang banyak daripada Mossad untuk membuka bisnes di sana dan juga berkenalan dengan individu-individu yang berpengaruh besar untuk mengukuhkan statusnya.

Untuk mengukuhkan lagi identiti sebagai Kamel, Cohen telah belajar untuk bercakap bahasa Arab dalam dialek Syria.

Kamel menetap di Argentina selama hampir setahun untuk mencipta kenalan dan nama di sana sebelum memulakan misi pengintipan di Syria. Di Argentina, Kamel telah berkenalan dengan Jeneral Amin al-Hafez, Menteri Pertahanan Syria.

Kenapa Kamel mahu rapat dengan Jeneral Amin?

3 3

Menurut maklumat Mossad, Jeneral Amin mempunyai pengaruh yang besar di Syria dan berpotensi untuk menjadi Presiden.

Seperti yang dijangka oleh Mossad, Jeneral Amin telah berjaya menggulingkan kerajaan dengan menggunakan kumpulan Baathist.

Penggulingan kerajaan pada ketika ini juga dibantu oleh Kamel yang telah menjemput Presiden ke rumahnya untuk mengalihkan perhatian pemimpin tertinggi daripada rancangan asal mereka.

Akhirnya, Jeneral Amin berjaya menjadi Presiden Syria dan telah melantik Kamel untuk menjadi sebahagian daripada Kementerian Pertahanan Syria sebagai balasan sumbangan duit dan hadiah yang telah diberikan oleh Kamel.

4 1 1

Pengintipan bermula

Akses Kamel kepada kerajaan Syria cukup luas dan tidak terbatas. Malah, Jeneral Amin juga menunjukkan keseluruhan aset dan kubu Syria yang digunakan untuk bertahan daripada tentera Israel.

Dengan info ini, Kamel menghantar maklumat ke Mossad dengan menggunakan signal radio atau dalam bahasa mudahnya, morse code. Kamel mencadangkan kepada tentera Syria supaya menanam pokok kayu putih di Bukit Golan (kubu tentera Syria) supaya dapat berlindung daripada serangan tentera Mossad.

Cadangan ini diterima baik oleh tentera Syria memandangkan Kamel ialah orang kuat dalam Kementerian Pertahanan.

5 2

Dalam pada masa yang sama, Kamel telah memberi info kepada tentera Israel supaya menyerang pokok itu jika mahu membunuh tentera Syria.

Kamel juga mengumpul info-info tentera dan juruterbang Syria seperti nama isteri, nama anak dan alamat mereka. Setiap kali tentera Syria menyerang Israel dengan menggunakan jet, Mossad akan memintas ke radio pesawat dan menyebut nama isteri, anak dan alamat juruterbang tersebut.

Membuatkan jet tersebut patah semula ke Syria dan serangan akhirnya dibatalkan.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua

Rumah Eli Cohen sebenarnya terletak berdekatan dengan pejabat keduataan India di Syria. Pejabat Kedutaan India sering membuat aduan apabila signal radio mereka sering terputus dan terganggu.

6

Kerajaan Syria telah membuat pemeriksaan di kawasan sekitar tersebut namun tidak menjumpai faktor yang boleh mengganggu signal radio Pejabat Kedutaan India.

Untuk mengkaji isu ini, kerajaan Syria telah menutup sumber elektrik di kawasan tersebut untuk membuat pemeriksaan.

Eli Cohen ketika itu terdesak mahu menggunakan signal radio untuk menghantar info kepada Israel. Akhirnya Cohen menggunakan bateri dan menghantar info rahsia ketenteraan Syria ke negara asalnya.

Kerajaan Syria pelik, bagaimana boleh ada signal radio apabila mereka telah mematikan sumber elektrik. Selepas dikesan, rupa-rupanya signal tersebut datang daripada rumah Eli Cohen.

Akhirnya serbuan dibuat dan tentera Syria menjumpai banyak data-data dan Eli Cohen ditangkap.

7 2

Kerajaan Syria menjumpai banyak data, dokumen tentang rahsia ketenteraan Syria dan pejuang-pejuang Islam yang dihantar oleh Eli Cohen kepada Israel.

Ketika itu, barulah mereka tahu rupa-rupanya Eli Cohen adalah duri dalam daging selama ini. Kerajaan Syria menjadi bahan jenaka negara sekitar apabila orang kuat Kementerian Pertahanan mereka sendiri adalah pengintip.

Digantung sehingga mati

Eli Cohen digantung sehingga mati dan mayatnya ditayangkan di tengah bandar Syria selama beberapa hari untuk memperingati pengkhianatannya.

8

Sehingga ke hari ini, mayat Eli Cohen masih di Syria meskipun Israel telah merayu untuk membawa pulang jasadnya sebagai tanda hormat.

Menurut adik Eli Cohen, Maurice Cohen, Eli Cohen hanya 3 langkah lagi untuk menjadi Menteri Pertahan sebelum pengintipannya terbongkar.

Cuba bayangkan apa yang terjadi kalau Eli Cohen berjaya menjadi Menteri Pertahanan Syria yang ketika itu sedang berperang dengan Israel?

The Spy adaptasi kisah Eli Cohen

Kisah Eli Cohen ini telah diterjemahkan dalam series The Spy di Netflix. The Spy mengandungi 6 episod dengan purata 60 minit setiap episod. Penceritaannya sedikit perlahan tapi sangat terperinci dan tiada tapisan, membuatkan lagi seronok untuk ditonton.

9

Dalam series The Spy ini, ada juga menceritakan penglibatan keluarga Osama bin Laden dalam pemerintahan kerajaan Syria. Buat korang yang ada Netflix, rugi kalau tak tengok series ni!

 

BACA: “Makin melampau” – Israel Rampas Bukit Golan & Buka Penempatan Haram ‘Trump Height’ Sempena Nama Presiden AS

Capture 14

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.