Mungkin ramai tak tahu, tapi di Afghanistan menurut United Nation kira-kira 3.7 juta kanak-kanak tidak bersekolah di sana, dengan 60 peratus daripada jumlah itu merupakan kanak-kanak perempuan.
Sebab itu, lelaki ini tiba-tiba jadi viral selepas kisahnya bersama anak perempuannya memenuhi ruangan media sosial.
Nama Mia Khan, 63 tahun seorang lelaki buta huruf yang tinggal di Sharana, wilayah Paktika tiba-tiba sahaja menjadi terkenal malah sebuah sekolah akan dibina sempena namanya, tapi kenapa?
Ini kisah kegigihan Mia Khan!
Mia Khan seorang lelaki tua biasa, yang tinggal di sebuah perkampungan di Selatan Afghanistan.
Bukanlah berasal dari keluarga yang berada, namun tekadnya hanya satu untuk memberikan pendidikan kepada anak perempuannya, supaya suatu hari nanti boleh menjadi doktor.
Meskipun mempunyai sakit jantung, Khan tekad berjalan kaki 12 kilometer setiap hari menghantar anaknya ke sekolah perempuan yang tak jauh dari perkampungannya.
Disebabkan jarak yang agak jauh bagi Khan, kebiasannya dia akan menunggu di luar sekolah sepanjang sesi pembelajarannya anaknya itu sebelum dia dan anak perempuannya berjalan balik bersama-sama.
Kerajaan bakal bina sekolah atas nama Khan, sebab sanggup abdikan diri untuk pendidikan anaknya
Atas kesungguhannya itu dia dipanggil ‘Hero of Education’, malah kerajaan Afghanistan berkata satu sekolah akan dibina di perkampungan Khan sebagai menghargai komitmen lelaki itu memberi pendidikan kepada anaknya.
Sebuah sekolah akan dibina di perkampungan Khan, menggelarnya sebagai ‘Hero of Education’ kerana mengabdikan dirinya untuk pendidikan anak perempuannya itu”- Menteri Pendidikan Afghanistan
Well, bukan semua bapa mampu buat macam mana Khan buat kan?
Baca : Entah dia dah makan ke belum- Sedih! Ayah Pakai Kostum Arnab Tenung Anak Makan Tepi Jambatan