in

Kieda Crepe Umum Hamil Selepas Jarak 7 Tahun, Kini Sudah Trimester Ketiga

kieda crepe hamil

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas tujuh tahun menanti, usahawan terkenal, Kieda Crepe mengumumkan dia kini hamil anak ketiga. Alhamdulillah! 

Dalam satu perkongsian video di TikTok, Kieda atau nama penuh, Nur Khalieda Yusra memuat naik video mengimbas semula kenangan dia membuat kejutan kepada suami, Hilmi Zaki mengenai kehamilannya itu.


Suami dan staf Kieda ternyata gembira dengan berita tersebut dan di ruangan kapsyen Kieda juga memaklumkan yang kandungannya kini hampir memasuki trimester ketiga serta dia sekeluarga kini dalam perjalanan untuk menunaikan umrah.

@kiedacrepetour

Dengan nama Allah Aku berlindung daripada Mata-Mata Jahat .. Saat video ni kida post , kieda dah nak masuk third trimester dan dalam perjalanan ke Jeddah untuk menunaikan Umrah bersama suami dan orang tua kami 🩷 #kiedacrepe #kiedacrepetour🔛

♬ original sound – KIEDACREPETOUR – KIEDACREPETOUR

Artikel berkaitan: “Yang membuat aduan, terima kasih” – Kieda Crepe Maklum Bakal Ke Pejabat KKM Berkaitan Isu Viral

Artikel berkaitan: “Content sekadar hiburan” – Suami Kieda Crepe Respon Teguran Netizen

25 Julai 2025, arwah abah genap dua tahun tinggalkan saya dan Allah hadirkan zuriat saat aku reda untuk semuanya. 

“Saat video ini Kieda post, Kieda dah nak masuk third trimester dan dalam perjalanan ke Jeddah untuk menunaikan umrah bersama suami dan orang tua kami,” tulisnya.

@kiedacrepetour

Moga Allah beri kekuatan beribadah kali ni 🤲🏻 Siapa nak kirim doa , komen . Kieda selesai yang wajib . Kieda bacakan doa untuk hampa pula tau , in Sha Allah 🤍 #kiedacrepe #umrah2025 @AMY KIEDA MERCHANDISE @KC CREPE PENANG

♬ Setanggi Syurga – ꧁ R.kay_OfficiaL ꧂

Video berkenaan telah menerima pelbagai komen daripada netizen yang mendoakan agar segala urusan Kieda dipermudahkan dan ada juga memohon doa agar mereka juga dikurniakan cahaya mata setelah sekian lama menanti.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.