Ahli kumpulan sebuah saluran YouTube terkenal tampil membuat permohonaan maaf berhubung kenyataannya yang telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.
Terdahulu, Muhammad Syahmie atau mesra dikenali sebagai Syahmie AI didakwa mengeluarkan kiasan lawak berhubung Nabi Muhammad SAW yang berbunyi, “2026 saya menjangkakan, tiada lagi orang akan ingat pada Nabi”.
Dalam permohonan maaf itu, Syahmie mengakui kenyataan dikeluarkannya adalah satu kesalahan besar sepanjang penglibatannya dalam dunia content creator.
“Assalamualaikum semua, saya Muhammad Syahmie ingin memohon ampun dan maaf kepada mana-mana pihak yang terasa ataupun sakit hati dengan ayat yang baru keluar daripada mulut saya baru-baru ini.
“Saya tak cakap benda itu betul. Yes, memang saya akui itu adalah kesalahan terbesar sepanjang saya berada dalam AI Team.”
Artikel berkaitan: “Salah tetap salah” – YouTuber Dikecam Buat Lawak Pasal Nabi, Digesa Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka
Artikel berkaitan: “Mari kita berdamai” – YouTuber & Pekerja Muzium Mohon Maaf, Tiada Niat Nak ‘Claim’ Upin & Ipin Dari Indonesia
Syahmie bagaimanapun menegaskan bahawa dia sama sekali tidak berniat untuk menghina agama sendiri, tetapi ucapan tersebut hanyalah bersifat kiasan agar masyarakat saling mengingati tentang agama Islam.
“Tujuan saya berkata sebegitu cuma nak menyampaikan secara kiasan saja agar kita umat Islam saling mengingati tentang agama Islam kita.
“Saya masih lagi waras untuk tidak menghina atau mempersendakan agama saya sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, dia berterima kasih kepada semua pihak yang menegur tindakannya serta berharap dapat belajar daripada kesilapan tersebut pada masa akan datang.
Sumber: Instagram
