in

Khairul Aming Kongsi Cara Buat ‘Voice Over’ Video Masak Bulan Puasa

Khairul Aming Kongsi Cara Buat Voice Over Video Masakan Bulan Puasa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila tibanya Ramadan, mesti ramai yang tertunggu-tunggu 30 Hari 30 Resepi sepanjang bulan puasa daripada Khairul Aming kan. Sehinggakan baru-baru ini, ada yang kata bahan untuk buat menu yang dikongsikan oleh Khairul Aming sold out di pasar raya sebab ramai yang nak mencuba sendiri resepi KA itu.

Kali ini, Khairul Aming kongsikan pula cara dirinya melakukan proses voice over atau narration untuk setiap video masakannya pada bulan Ramadan.


Dalam video perkongsian caranya membuat voice over, Khairul Aming mengatakan dia tidak suka menggunakan skrip, jadi dia akan mengingati bahan-bahan yang digunakan untuk video masakannya.Contohnya, berapa ulas bawang merah dan berapa biji cili yang digunakan untuk menu berkenaan.

Dalam video itu juga, content creator berusia 31 tahun itu juga mendedahkan bahawa dia akan menggunakan mikrofon dan software atau perisian tertentu untuk merakam suaranya.

Sebab tu lah suara yang kita dengar dalam video masakan Khairul Aming ni memang jelas je kan. 

Rata-rata warganet memuji kebolehan Khairul Aming melakukan voice over dengan sangat lancar walaupun tanpa skrip.

Khairul Aming Kongsi Cara Buat Voice Over

Khairul Aming Voice Over 1

Ini kerana menurut Khairul Aming, setelah enam tahun dia melakukan proses ini untuk kesemua video masakannya, lidah pun dah jadi lembut dan terbiasa.

Namun, dalam masa yang sama, dia tidak menafikan bahawa ketika awal-awal dulu, dia memang banyak tersasul.

Biasa la tu kan, bak kata omputih, practice makes perfect gitu.

Sumber: Twitter @khairulaming 

Baca: “Takde skrip pun!”- Ramai ‘Amazed’ Tengok Proses Khairul Aming Buat ‘Voice Over’ Video Memasak

Page Khairul Aming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.