Simpati dengan nasib frontliners kita…
Baru-baru ni, laporan daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, lebih 10,000 pegawai dan anggota polis kini dikuarantin akibat COVID 19 dan 200 anggota pula sedang dirawat selepas disahkan positif wabak tersebut.
Menurut Bernama, kadar jangkitan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tinggi ini telah membantutkan keupayaan serta kekuatan pasukan tersebut dalam penugasan menjaga keselamatan dan keamanan negara.
Tambah Hamzah lagi, pasukan polis adalah petugas barisan hadapan yang berpotensi besar terdedah kepada wabak COVID 19 kerana mereka berada paling hampir dengan rakyat yang belum dipastikan tahap jangkitannya. Kesiannya polis-polis kita…
“Penularan wabak COVID-19 semakin membimbangkan dan ramai petugas barisan hadapan telah terdedah dengan risiko jangkitan wabak tersebut.
“Walaupun mereka (polis) memakai pelitup muka, penugasan anggota polis memerlukan mereka berkomunikasi secara dekat dengan rakyat. Penjarakan sosial tidak dapat diaplikasikan dengan sempurna dalam menentukan keselamatan dan keamanan negara,” katanya.
Dalam pada itu, terdapat juga anggota yang kena bertugas membantu pihak imigresen untuk halang pencerobohan masuk pendatang tanpa izin.
Oleh itu, beliau menyeru rakyat Malaysia untuk hargai pengorbanan frontliners dan bersama-sama lawan wabak ini seperti yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong.
Penghargaan yang tertinggi patut diberikan kepada PDRM kerana semenjak penularan wabak ini ramai yang berjuang tanpa menghiraukan penat lelah masing-masing.
Ramai juga antara mereka yang masih belum pernah berehat atau meluangkan waktu bersama keluarga. Kita sedang ketandusan masa dan sekarang bukan waktu untuk berpolitik atau melobi sokongan terhadap individu tertentu menjadi Perdana Menteri,” katanya.
Semoga abang dan kakak polis kat luar sana tu terus kuat ye! Kita lawan COVID 19 sama-sama.