in

“Kesultanan Johor tidak guna wang rakyat”

Page Jb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kekayaan Sultan di Malaysia sering kali menjadi tanda tanya kepada rakyat dan kebenarannya hanya diketahui oleh keluarga diraja sendiri.

Menurut Malay Mail, Istana Johor telah menggunakan Facebook bagi menjelaskan tentang peruntukan kerajaan untuk pemerintahnya.


1 2
sumber: facebook

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi Facebook rasmi menjelaskan bahawa “Kesultanan Johor tidak menggunakan duit rakyat”. Jelas baginda, pada tahun 1899, sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Sir Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar lagi telah didermakan gaji sebagai Sultan yang diperuntukkan kerajaan untuk membantu Bangsa Johor yang memerlukan.

2 2
sumber: facebook

“Usaha ini kemudian diteruskan dan diselaraskan pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail di mana dana tersebut disalurkan kepada satu tabung yayasan yang kini dikenali sebagai Yayasan Sultan Iskandar.”

3 1
sumber: facebook
4 1
sumber: facebook

Bukan itu sahaja, baginda ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-8 pada tahun 1984 hingga 1989 juga turut menyalurkan kesemua gaji serta elaun yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan untuk diberikan kepada yayasan tersebut.

“Yayasan Sultan Iskandar bukan sahaja membantu rakyat miskin, malah dana itu turut digunakan bagi membiayai pelajaran, bantuan bencana alam serta projek literasi komputer.”

Selain itu, Sultan Johor kini juga mempunyai yayasan tersendiri yang bertujuan untuk menghulurkan bantuan dari segi pendidikan, kebajikan, biasiswa pelajar miskin, perubatan, bantuan warga emas dan kepada golongan kurang upaya.

5
sumber: facebook

“Dana untuk yayasan berkenaan adalah sumbangan daripada semua elaun diraja yang diterima Baginda.”

Sementara itu, di dalam posting yang sama, turut dijelaskan segala hasil atau pendapatan Kesultanan Johor datangnya daripada pengurusan perladangan yang diuruskan sejak zaman  Almarhum Sultan Sir Ibrahim sehingga kini serta beberapa perniagaan yang lain termasuk hartanah.

Untung Bangsa Johor…

Baca: Dakwa Belanja Agong Mewah, kena Akta Hasutan

Fuzi Kpn Baru 758X398 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.