in

“Kesimpulannya hidup B*bi!”- Lelaki Kongsi Kisah Adik Rakan Maut Angkara Pemandu Perempuan Tak Bagi Signal Keluar Simpang

Feature

Dua tiga hari ni kecoh pasal seoranng lelaki melempang dan menumbuk pemandu kereta wanita disebabkan dia tidak memberi signal dan hampir mengakibatkan kemalangan.

Kejadian itu sebenarnya telah mewujudkan banyak reaksi dan persepsi daripada pelbagai pihak.

Ada yang mengecam tindakan lelaki itu namun ada juga yang menyokong.

Namun penulisan kali ini tidak ada bertujuan untuk memihak kepada yang lelaki atau perempuan sebaliknya ingin menekankan yang kecuaian pemanduan sehingga menyebabkan kemalangan merupakan sesuatu yang perlu dielakkan, lebih-lebih lagi apabila membabitkan nyawa manusia.

Korang baca dan hadamkan perkongsian Sharell Eizwan di facebooknya ini okay.

 

“Keluar simpang tak bagi signal, then hentam adik kawan yang menunggang motosikal. Mangsa mati lepas lima hari koma…”

Benda ni baru je jadi dalam beberapa minggu lepas kepada adik kawan aku. Kesnya kereta keluar simpang, tak bagi signal,…

Posted by Sharell Eizwan on Thursday, May 2, 2019

“Benda ni baru je jadi dalam beberapa minggu lepas kepada adik kawan aku. Kesnya kereta keluar simpang, tak bagi signal, kena hentam dengan motor. Takde apa sangat pun. Adik dia mati je. Lepas tu driver perempuan play victim.

Simple kan?

Sesimple kau, aku, dan semua orang ucap takziah al fatihah kepada keluarga mangsa.

Berbeza dengan kes kena lempang. Benda tu jenayah berat. Kena lempang pasal tak bagi signal ni satu perkara serius yang melibatkan maruah. Kau naik motor kot, apa kelayakan kau nak lempang pemandu kereta? Lagi-lagi wanita.

Bukan kena pun. Kalau kena claim la insurans. Kalau mati family kau dapat duit. Apa la sangat nyawa kau tu berbanding dengan puluhan ribu yang bakal keluarga kau dapat. Cuba fikir jauh sikit.

Kesimpulannya, hidup babi.

Tak tahu siapa babi?

Rujuk post aku sebelum ni.”

Sebenarnya cerita itu tak terhenti setakat itu sahaja. Kat sini Sharell letakkan juga perbualan whatsapp yang menunjukkan pemandu wanita tu tetap salahkan mangsa sebab langgar keretanya padahal waktu itu dikatakan mangsa berada di jalan utama manakala wanita tersebut baru hendak keluar simpang..hurmm susah jugak jenis ego macam ni.

Lebih mengecewakan sepanjang lima hari mangsa nazak, perempuan itu langsung tak datang jenguk. Lepas kena marah, baru dia datang mintak maaf itu pun tetap tak nak mengaku salah.

58986725 2417567711600290 5623807701818540032 N
Sumber : facebook

59555770 2417567771600284 1163159989380972544 N

Kadang kala ada waktunya kita kena ketepikan ego sekiranya salah itu di pihak kita. Kalau dah berlaku macam ni, masih lagi nak berkeras lagi ke?

Tepuk dada tanya selera.

Baca : Aduh sesedap rasa ko lempang dia Gara-gara Tak Bagi Signal, Bro Ni Naik Tangan Belasah Wanita Di Tengah Jalan

Www