in

“Kesian budak tu sejuk2 ni” – Bapa Tergamak Biarkan Anak Tersadai Bawah Hujan, Minta Derma Sebab Nak ‘Settlekan’ Hutang Ahlong

Ahlong2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai bapa, kalau anak tu kecil lagi, sanggup bertarung nyawa susahkan diri demi keselesaan dan kemudahan anak, tapi yang kes terjadi dekat Penang ni terbalik.



Gunakan anak demi kemudahannya lepas diri sendiri dah buat onar pergi pinjam Ah Long duit. Bayangkan sekarang ni musim hujan, kita kalau boleh tak nak anak terdedah dengan udara luar.  Tapi yang ni, korang boleh tengok sendiri.

 

Tersadai bawah hujan settlekan ayah hutang Ah Long

Insiden ini berlaku di Uptown Perda, Penang menunjukkan anak kecil tengah duduk dalam stroller bersertakan  kotak plastik untuk minta derma masa tengah-tengah hujan ni.

Irresponsible Msian Parents Force Toddler To Beg In Penang To Pay Off Ah Long Debts World Of Buzz

Perkongsian dari wanita yang dikenali sebagai Sonya Pilatus di Facebook ini menunjukkan anak kecil tu dibiar macam tu je tanpa ada sebarang selimut atau pelindung dari kesejukan. Kelibat mak bapak diaorang langsung tak ada!

Irresponsible Msian Parents Force Toddler To Beg In Penang To Pay Off Ah Long Debts World Of Buzz 3

Menurut perkongsian daripada WhatsApp oleh sekumpulan pendagang pasar malam Perda, ayah kepada kanak-kanak itu sedang menanggung hutang Ah Long dan tak mampu nak bayar. Jadi, dia terpaksa bayar RM 38 sehari seperti mana yang mereka mahukan.

76706896 142997877099998 7918605743069069312 N
Sumber : facebook

Disebabkan itulah bapa ini gunakan anaknya untuk raih simpati orang-orang umum. Dalam perkongsian itu dikatakan ayahnya perhatikan dari jauh dalam Perodua Kelisa. Cukup time kutip duit tu.

Allahu, kenapa lah ada ibu bapa yang tergamak buat macam tu.

 

Baca : “Kau bukan anak aku lagi” – Pemuda Dibuang Keluarga Sebab Tak Tahan Tanggung Hutang Ah Long Hampir RM 100K

Ahlog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.