in

“Kesian acik ni” – [VIDEO] Ibu Merempat Tunggu Anak ‘Menghilang’ Kata Cari Rumah Baru

Ibu Terpaksa Merempat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada zaman kini, penularan video orang yang tidak bernasib baik atau fakir miskin di media sosial sebenarnya sangat membantu memudahkan maklumat mereka sampai ke pengetahuan pihak kebajikan masyarakat untuk diberikan bantuan.


Dengan kuasa viral, sedikit sebanyak orang yang mahu memberikan bantuan boleh datang terus ke lokasi dinyatakan sekaligus meringankan beban golongan ini.

Baru-baru ini, tidak ketinggalan seorang pengguna TikTok @thecuciking pada malam tadi sempat memuat naik rakaman seorang ibu yang dikatakan merempat selama 2 bulan di lorong kaki lima.

@thecuciking

Kesian memang kesian, tapi dah 2 bulan duduk depan kedai kawan kita sampai ganggu orang nak meniaga. #fyp #fypdongggggggg #bendadahpost

♬ original sound – The Cuci King (MY) – The Cuci King (MY)

Tak tahu kenapa anak tak datang ambil, katanya cari rumah baru

6 15

Dalam video tersebut, jelas dapat dilihat yang wanita tersebut menggunakan barang-barang lain dan menjadikan kaki lima tersebut sebagai ‘kubu’ tempat tinggalnya tanpa ditemani sesiapa. Apabila ditanya, dia berkata anaknya sedang mencari rumah bersesuaian untuk mereka tinggal tapi masih gagal menemukannya.

Bukanlah tiada rasa simpati, namun si perakam tampil menegur memandangkan makcik tersebut ibarat mengganggu kawasan perniagaan orang lain. Namun yang peliknya, dia berkeras enggan dihantar ke mana-mana pusat kebajikan walhal dirinya sendiri dalam keadaan terdesak disusuli dengan masalah kesihatan.

Menerusi ruangan komen, ramai yang mula tag Ustaz Ebit Lew dengan harapan dia boleh memberikan bantuan kepada makcik berkenaan. Walaupun segelintir netizen rasa curiga kerana wanita itu memberikan pelbagai alasan, mereka juga sebak mengenangkan kesusahan hidup yang dilaluinya.

4 17

Semoga makcik ni dipermudahkan urusan dan setuju untuk ditempatkan di pusat kebajikan masyarakat!

Baca: “[VIDEO] Ramai Terharu Dengar Kisah Cinta Makcik Buta Dengan Arwah Suaminya Ini”

5 20

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.