in

Kes Tembak*n Setia Alam: Polis Berjaya Kenal Pasti Suspek, Kini Sedang Diburu

1polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu kejadian tembakan telah berlaku di sebuah pusat membeli-belah di Shah Alam, Setia City Mall. Dalam kejadian itu, seorang pekerja kebersihan telah mengalami kecederaan akibat terkena beberapa das tembakan.

11 1

Memetik laporan Berita Harian, pihak polis telah berjaya mengenal pasti suspek yang melepaskan tembakan dalam insiden malam tadi itu. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan menyatakan ciri suspek berkenan yang mempunyai 11 rekod jenayah dan dadah, lelaki tempatan berkulit cerah berusia lingkungan 30-an.


Polis sedang memburu suspek untuk tujuan tangkapan sementara motif serangan kepada pekerja kebersihan itu masih sedang disiasat.

Screenshot 2025 02 09 at 11.20.19 AM

Kes tembakan dan serangan ini disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana melepaskan tembakan semasa melakukan kesalahan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. Kes juga disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

 

Baca: Suspek Kes Tembak*n di Setia Alam Larikan Diri Dengan Tahan Sebuah Kereta & Paksa Pemandu Bawanya Keluar Dari Pusat Beli Belah

Sumber: BERNAMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.