in

Kes Tembakan Di KLIA 1: Polis Minta Hafizul Harawi Serah Diri Secara Aman

F5 Suspek Kes Tembakan Di Klia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi tadi, kecoh di media sosial tentang kes tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) di mana seorang lelaki difahamkan cuba menembak isterinya namun tembakan itu telah terkena seorang individu lain iaitu pengawal peribadi.


Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya mengenal pasti suspek yang menembak di KLIA itu dan difahamkan suspek ialah Hafizul Harawi.

11 1

Memetik laporan Berita Harian, suspek yang berusia 38 tahun itu telah dianggap sebagai individu bersenjata yang berbahaya oleh polis.

Difahamkan, suspek dan isterinya merupakan pengusaha syarikat agensi umrah dan pelancongan di Malaysia.

Artikel Berkaitan: Cuba Bunuh Bekas Isteri, Lelaki Lepas Tembakan Di KLIA 1

Untuk pengetahuan semua, kejadian berlaku ketika awal pagi itu ketika isteri suspek sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

Sebelum kejadian, difahamkan juga suspek telah mencederakan orang awam dengan membaling mercun sebelum menghampiri isterinya di pintu masuk balai ketibaan lapangan terbang tersebut.

Tembakan suspek terhadap wanita itu tersasar sebaliknya terkena kepada pengawal peribadinya.

Selepas kejadian, suspek sempat melarikan diri dan dia dipercayai telah ke arah utara.

Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain iaitu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman turut menasihati suspek untuk menyerah diri secara aman di mana-mana balai polis berdekatan.

Siasatan pihak polis turut mendapati bahawa suspek iaitu Hafizul Harawi tidak memiliki permit senjata api.

Polis juga mempercayai bahawa suspek telah mendapat senjata terbabit secara haram.

Selain itu, pihak PDRM turut mengeluarkan gambar suspek untuk memudahkan orang awam yang melihatnya di mana-mana lokasi untuk membuat laporan polis.

Dalam masa yang sama, pihak polis turut mendedahkan bahawa suspek pernah mengugut isteri mangsa sehingga wanita berkenaan membuat laporan polis pada tahun 2016 dan 2013.

Suspek turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau menurut polis.

10 1

Pihak polis kini juga sedang giat mengesan dan memburu suspek.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.