Pihak polis mengesahkan bahawa mereka telah menerima satu laporan berhubung dengan kejadian seorang pelajar lelaki tingkatan 3 yang terjatuh dari tingkat 3 asrama di sebuah sekolah yang terletak di Sabak Bernam, Selangor.
Ketua Polis Selangor, Dato’ Shazeli Kahar dalam satu kenyataan berkata, kertas siastan telah dibuka di bawah Seksyen 3(1) Akta Kanak-kanak 2001. Katanya, siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut termasuk aspek keselamatan pelajar, pengurusan asrama serta latar belakang sosial mangsa dan rakan-rakan terdekat.
Artikel berkaitan : “Kalau betul jatuh mestilah patah riuk tapi…” – Pelajar Tingkatan 3 Kritikal, Ibu Syak Anak Dibuli Di Asrama
Artikel berkaitan : Buli Asrama ‘Rampas’ Kepercayaan Keluarga Pelajar
Terlalu awal untuk sahkan wujudnya kegiatan buli
Shazeli berkata, pihak polis kini sedang mengumpul keterangan daripada mana-mana golongan yang terlibat.
“Polis sedang mengumpul keterangan daripada saksi-saksi dan individu yang ebrkaitan, sebarang spekulasi berhubung punca kejadian termasuk dakwaan wujudnya unsur buli adalah terlalu awal untuk disahkan.”
Tegasnya, pihak polus menyeru kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian yang boleh ganggu proses siasatan atau menjejaskan emosi keluarga mangsa. Sebelum ini, tualr kes seorang pelajar jatuh dari tingkat 3 asrama, ia menimbulkan rasa curiga terhadap ibu mangsa dan mendakwa bahawa mangsa mungkin dibuli.
Sumber : X