in

“Kes meningkat mulalah salahkan kerajaan” – Netizen Risau Lihat Sg Pisang Padat Orang Ramai, Mula Abai SOP

Orang Ramai Di Sg Pisang Gombak Tiktok Viral

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebaik saja kerajaan mengumumkan kawasan Lembah Klang kini bertukar status ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan rakyat di Kuala Lumpur, Selangor serta Putrajaya dibenarkan merentas daerah, nampaknya hujung minggu lepas ramai yang ambil kesempatan untuk berekreasi bersama keluarga.


Bayangkanlah dah berbulan-bulan terperuk di dalam rumah, mesti ramai yang teruja nak ke pantai, sungai dan menikmati kawasan nature lain di Selangor kan?

Apa-apapun korang janganlah teruja sangat sampai melanggar SOP serta sanggup berkerumun ramai-ramai di satu tempat seperti yang dikongsikan dalam video di TikTok di bawah.

@luxeynnakclan

bukak kedai kat sungai pisang boleh collect rm40k sehari

♬ original sound – iSEE乛aliynn – ne?? ???eyn

Menerusi perkongsian @luxeynnakclan, orang ramai dilihat berpusu-pusu mengunjungi kawasan air terjun di Sungai Pisang, Gombak.

Dalam video itu juga dapat dilihat orang ramai seperti tidak mengendahkan lagi SOP yang ditetapkan kerajaan malah pemilik video juga menggambarkan situasi tersebut seperti berada di uptown yang padat dengan orang.

Dca92417 563F 4983 A694 20Ceabe5D193

 

“Bila longgar sikit fikir dah free macam bebas covid” 

Video tersebut ternyata memberi kegusaran kepada netizen yang risau jika kes COVID 19 akan meningkat secara mendadak dalam jangka masa dua tiga hari ini.

Malah ramai juga mengatakan jika kes meningkat, rakyat akan menyalahkan kerajaan padahal punca masalahnya datang dari kita sendiri.

Ramai Padat Sg Pisang

Sungguhpun tahap vaksinasi di Lembah Klang antara yang tertinggi di Malaysia, rakyat dinasihatkan untuk sentiasa menjaga SOP kerana virus tersebut masih boleh berjangkit walaupun seseorang itu sudah divaksinasi.

Apa-apapun pesan admin, tak salah nak berekreasi bersama rakan atau family di tempat nature macam tu. Tapi pastikan korang jaga SOP sebaiknya untuk elak perkara tak diingini berlaku. 

Baca: Hampir Semua Orang Dewasa Di Lembah Klang Telah Lengkap Divaksinasi

Lembah Klang

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.