in

Hampir Semua Orang Dewasa Di Lembah Klang Telah Lengkap Divaksinasi

Collage 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berita baik untuk penduduk di Lembah Klang!


Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJAV), hampir kesemua orang dewasa di Lembah Klang telah pun menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19, lapor Malay Mail.

JKJAV berkata seramai 97.1% populasi dewasa di Lembah Klang telah pun menerima vaksinasi penuh dan melebihi kadar vaksinasi negara 68.8% dilaporkan semalam.

Manakala jika dibandingkan dengan keseluruhan populasi penduduk di Lembah Klang, kadar vaksinasi kini berada pada tahap 71.1% penduduk telah menerima vaksinasi penuh dan sedikit lagi nak capai sasaran imuniti kelompok sebanyak 80%.

Bukan itu sahaja, jumlah populasi dewasa yang lengkap vaksinasi di Lembah Klang juga turut melebihi Wilayah Persekutuan Labuan yang mencatatkan sebanyak 96.4% penduduk dewasanya telah terima vaksinasi lengkap.

Kalau korang nak tahu, Labuan juga merupakan kawasan pertama dalam negara untuk beralih ke Fasa 4 Program Pemulihan Negara di Malaysia.

Perkembangan vaksinasi yang memberangsangkan di Lembah Klang ini adalah berpunca dari usaha sama yang digelar Ops Surge Capacity yang diperkenalkan pada Julai lalu.

Operasi ini bertujuan untuk memberikan sekurang-kurangnya satu dos vaksin kepada semua penduduk dewasa bermula Ogos lalu.

Manakala Sabah kekal sebagai negeri paling kurang menerima vaksin dengan hanya sebanyak 45.2 penduduk dewasa telah menerima vaksin lengkap dan mempunyai peratusan terendah dengan hanya 53.6 penduduknya sahaja telah mendaftar vaksin.

Ini diikuti dengan Kelantan dan Kedah dengan peratusan dewasa lengkap vaksin sebanyak 49.1% dan 49.7%.

Bhvaksin31 O Bhfield Image Socialmedia.var 1627704359

Pun begitu, statistik terbaru dari Kementerian Kesihatan telah menunjukkan risiko jangkitan tetap sama walaupun telah menerima vaksin penuh hingga menyebabkan pihak berkuasa meminta agar rakyat Malaysia sentiasa patuh dengan SOP yang ditetapkan.

Semalam, Kementerian Kesihatan mengatakan, sebanyak 34.1% kes positif dari 17,352 kes baharu dilaporkan semalam melibatkan orang yang dah menerima vaksin lengkap.

Manakala 28.7% orang yang menerima vaksin lengkap daripada 268 pesakit semalam berada dalam kategori 4 dan 5 hingga perlu dimasukkan ke dalam hospital dan ICU.

So macam mana pun kita perlu sentiasa berhati-hati okay?

 

Baca: “Dua pertiga kes baru belum divaksin atau belum lengkap vaksinasi” – Dr Noor Hisham

Screenshot 2021 09 07 At 12.20.09 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.