in

Kes Melebihi 15 Ribu Seluruh Dunia, WHO Pertimbang Cacar Monyet Sebagai Kecemasan Global

Monkeypox Hpeic

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis telah ‘memanggil’ semula Jawatankuasa Kecemasan Cacar Monyet bagi menilai implikasi kesihatan awam akibat wabak tersebut yang kian berkembang di beberapa negara.


Jawatankuasa berkenaan mengadakan semula mesyuarat dan sedang membincangkan sama ada WHO perlu mengklasifikasikan wabak cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global apabila keadaan semasa yang dilihat semakin serius dengan hampir 15,400 kes dilaporkan dari 71 negara, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (AS).

Jangkitan Cacar Monyet mengalami lonjakan bermula Mei lalu di negara Afrika Barat dan Afrika Tengah yang mana penyakit berkenaan sudah lama menjadi endemik.

20220630 Nid Monkeypox Who

Pada 23 Jun lalu, WHO telah mewujudkan satu jawatankuasa pakar kecemasan bagi memutuskan sama ada cacar monyet boleh diklasifikasikan sebagai Kecemasan Kesihatan Awam bagi Kebimbangan Antarabangsa (PHEIC) yang merupakan tahap amaran tertinggi agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pun begitu, majoriti berpendapat bahawa keadaan ketika itu belum mencapai ambang dan menasihatkan Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus  supaya tidak mengeluarkan amaran berkenaan.

Namun, mesyuarat kedua dipanggil pada Khamis lalu dan ketika membuka mesyuarat, ketua pengarah berkenaan meminta nasihat pakar-pakar bagi menilai implikasi kesihatan awam dalam jangka masa serta-merta.

Who Ihr Ec Mpx 23Jun2022 0147

Sekiranya jawatankuasa berkenaan menasihati Tedros bahawa wabak berkenaan membentuk PHEIC, maka cara mencegah dan mengurangkan penularan penyakit itu dengan lebih baik dan mengurus tindak balas kesihatan awam dunia akan disyorkan sebagai cadangan sementara.

Difahamkan, tiada ketetapan waktu tentang tarikh keputusan mesyuarat berkenaan akan didedahkan kepada umum.

Tedros berkata perhimpunan jawatankuasa pertama membantu menggambarkan dinamik wabak berkenaan tetapi beliau tetap bimbang mengenai jumlah kes.

Walaupun terdapat trend penurunan yang jelas di beberapa negara, enam negara melaporkan kes pertama minggu lalu selain maklumat yang datang dari negara endemik di Afrika adalah “sangat kurang”, menjadikannya sukar untuk mencirikan keadaan di rantau itu.

Monkeypox Ap 210522 1

Jangkitan virus menyerupai cacar dan pertama kali dikesan dalam kalangan manusia pada 1970, cacar monyet kurang berbahaya dan berjangkit berbanding cacar, yang dibasmi pada 1980.

Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Eropah sehingga Isnin lalu, 7,896 kes yang disahkan dilaporkan dari 27 negara di Kawasan Ekonomi Eropah dengan negara yang paling teruk terjejas ialah Sepanyol dengan 2,835 kes, Jerman (1,924), Perancis (912), Belanda (656) dan Portugal (515).

Baca : US Catat Kes Pertama Monkeypox, Ini 4 Perkara Mengenai Penyakit Dari ‘Keluarga’ Cacar Ini

Monkeypox 2

Sumber: Science.org
Sumber: WHO
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.