in

Kes Langgar SOP di Nilai, Neelofa & PU Riz Dilepaskan Tanpa Dibebaskan

Neelofa New

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya pasangan sensasi Malaysia, Neelofa dan juga suaminya iaitu PU Riz atau nama sebenar, Muhammad Haris Mohd Ismail terus mencuri perhatian orang ramai.

Ini kerana, mereka berdua telah dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Seremban berikutan dengan tuduhan tentang isu melanggar operasi prosedur standard (SOP) untuk Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Mei lalu.


Neelofa dan PU Riz dikatakan telah pergi ke sebuah kedai karpet di Nilai tanpa sebarang surat kebenaran.

Neelofa 2

 

Oleh itu, menurut mStar, perbicaraan yang diketuai oleh Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan tersebut selepas mendengar penjelasan dari kedua belah pihak pendakwaan dan pembelaan.

Bukan itu sahaja, beliau turut memberitahu bahawa 21 Disember ini telah ditetapkan tarikh untuk perintah pelepasan dan pembebasan bagi kes tersebut.

Berikutan pertuduhan isu tersebut, sebelum ini Neelofa dan juga suaminya mengaku tidak bersalah selepas dikatakan tidak mengimbas MySejahtera malah tidak mendaftar secara manual untuk masuk ke kedai karpet tersebut.

Neelofa 3

Perkara itu tular selepas satu gambar yang dipercayai Neelofa dan juga PU Riz dikongsikan di Instastory milik pemilik kedai selepas mereka berdua singgah untuk melihat permaidani di dalam kedai tersebut.

Neelofa 1

PU Riz turut mengakui bahawa dikenakan tindakan dengan tuduhan yang lain kerana tidak memakai pelitup muka di tempat yang sama dan juga pada masa yang sama.

Mereka berdua telah didakwa dengan Peraturan 19 iaitu Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (perintah pergerakan bersyarat) 2021, yang memperuntukkan denda tidak lebih dari RM50,000, hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali sekiranya disabit kesalahan.

Sama-sama kita tunggu 21 Disember ni untuk keputusan akhir mahkamah okay? Min doakan yang baik-baik saja untuk Neelofa dan PU Riz…

Baca: “Kalau ada masa tepat Lofa akan kongsi” – Neelofa Jawab Desas Desus Kini Sedang Hamil

Untitled 3

Sumber: mStar
Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.