in

“Kalau ada masa tepat Lofa akan kongsi” – Neelofa Jawab Desas Desus Kini Sedang Hamil

Ft Lofa Jawab Spekulasi Hamil 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, nama bekas pengacara MeleTOP, Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 32 menjadi perhatian netizen apabila mereka cam bahawa isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail itu dikatakan sedang hamil.


Lapor Kosmo! Mata tajam warganet memerhatikan apabila melihat Neelofa sering usap perut beberapa kali dan kerap duduk sebab letih berdiri lama-lama saat dia sedang mempromosikan tudung terbarunya ketika sesi live di Instagram beberapa bulan lepas.

 

Ada alasan tersendiri tidak menjawab – Neelofa

Bukan itu sahaja, ada yang perhatikan bahawa Neelofa kini kelihatan lebih berisi berbanding sebelum ini. Disebabkan spekulasi tersebut, Neelofa akhirnya menjawab desas-desus itu yang selama ini menjadi tanda tanya selepas sekian lama berdiam diri.

Dalam sesi temubualnya semalam, Neelofa menjelaskan bahawa dia ada sebab tersendiri kenapa memilih untuk berdiam diri. Katanya, ia bertujuan untuk menunggu waktu yang sesuai seandainya sesuatu perkara itu benar atau tidak.

“Sebab satu berita yang kita nak adalah doa-doa orang ramai, betul tak? Jadi, Lofa pun kalau rakan-rakan artis mana yang turut dapat berita yang sama, mereka pun tunggu saat yang betul untuk kongsikan .”

Oleh sebab itu, mengenai ‘berita gembira’ itu, Neelofa dalam keadaan segan silu mengatakan bahawa, dia akan kongsi pada masa yang tepat ‘kalau ada’.

Untuk rekod, Neelofa telah menamatkan zaman bujangnya selepas sah bergelar isteri kepada Hatis Ismail pada 26 Mac 2021 lepas.

 

Baca : “Laku keras” – Fuh! 220,000 Pelitup Muka PU Riz -& Neelofa ‘Sold Out’ Tak Sampai 3 Jam

Ft Neelofa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.