in

Kerja Pembinaan Dihentikan Serta-merta Susulan Kebocoran Gas Di Tapak Pembinaan Sekolah

Gas Bocor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu kejadian kebocoran gas telah berlaku di tapak pembinaan sebuah sekolah di Sarawak semalam, lapor Harian Metro.

Kejadian berkenaan difahamkan telah terjadi di tapak pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Tudan namun setakat ini, jenis gas yang bocor itu masih belum dikenal pasti.


Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak telah bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima laporan sekitar jam 10.15 pagi semalam.

Kejadian Kebocoran Gas

Artikel Berkaitan: Warga Emas Melecur Hampir Seluruh Badan Selepas Gas Dalam Rumah Meletup

Artikel berkaitan: Stesen Minyak Meletup, 45 Orang Cedera Termasuk Pasukan Penyelamat

Gas berkenaan telah keluar dari dua lubang cerucuk yang ditanam pada kedalaman 33.9 meter dan 33.6 meter di tapak pembinaan sekolah baharu SK Tudan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kerja-kerja pembinaan telah dihentikan buat masa ini.

Menurut pasukan Hazmat dari jabatan bomba, permukaan tanah di lokasi kejadian adalah kering dan tiada kebakaran dilaporkan di situ.

Setelah dipantau oleh pasukan Hazmat, difahamkan, gas yang bocor itu adalah dipercayai gas mudah terbakar, merangkumi gas asli Butane, Propane dan Methane.

Dalam masa yang sama, difahamkan juga, kebocoran tersebut hanya terpusat di lubang gerudi tersebut sahaja.

Untuk memastikan keselamatan orang ramai dan pihak sekolah, lubang tebukan atau gerudi itu telah disarankan untuk dikambus atau ditutup sepenuhnya oleh pasukan Hazmat kerana bacaan Lower Explosive Limit atau LEL berada di paras normal apabila lubang berkenaan ditutup namun ia akan menaik dengan ketara apabila lubang itu dibuka.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.