in

Kerja Nak Cari Duit Lebih, Penjaja Jalanan Di Lampu Isyarat Disaman Polis

Cats 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belakangan ini, sering kali kita melihat lampu isyarat menjadi tempat buat penjaja jalanan menjual produk mereka. Lebih lama lampu isyarat itu menunjukkan warna merah, lebih ramai penjaja jalanan di situ.


Rata-rata daripada penjaja jalanan ini menjual makanan seperti jeruk, mangga yang dicampur dengan asam dan produk yang berasaskan coklat.

Meskipun sebelum ini tiada isu yang dibangkitkan berkenaan menjaja di lampu isyarat, lain pula yang terjadi buat beberapa individu di Taiping yang telah disaman oleh pihak polis.

4 2

1 6

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPTD) IPD Taiping telah mengeluarkan saman terhadap penjaja jalanan yang menjalankan perniagaan di lampu isyarat.

Seramai empat penjaja jalanan yang telah diberikan saman Pol 257 diatas kesalahan 10 A (1) Jual Barangan/Risalah/Loteri setelah dinasihatkan beberapa kali sebelum ini.

5 1

Menerusi hantaran tersebut, difahamkan pihak polis telah memberi amaran beberapa kali kepada penjaja jalanan agar tidak menjaja di lampu isyarat, namun masih tidak diendahkan oleh mereka.

Pihak polis turut menasihati agar penjaja jalanan berniaga di tepi jalan yang lapang dengan menggunakan kanopi. Perbuatan berniaga di lampu isyarat adalah salah satu perkara yang mendatangkan bahaya kepada penjual dan pengguna lalu lintas.

 

Sumber: Polis Daerah Taiping

 

BACA: ‘Tiga kali polis tumbuk muka’ – Video Viral Di Media Sosial, Penunggang Motor Tampil Buka Cerita?

Capture 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.