in

“Kereta rosak, barang hilang” – Peniaga Kecewa, Ikan & Udang Yang Disimpan Untuk Berniaga Kena Curi

Peniaga Sedih Ikan Udang Kena Curi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai peniaga, pastinya ada cabaran yang perlu dihadapi. Bezanya, sama ada ia banyak atau sedikit dan cepat atau lambat.


Seorang peniaga meluahkan rasa kecewa selepas mendapati barang niaga yang disimpan dan ditinggalkan di tempat niaganya hilang.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @mukhriznasir_, peniaga itu menunjukkan beberapa barang seperti khemah dan juga alat penimbang telah hilang di lokasi.

Artikel berkaitan: Wanita Kongsi Rasa Kecewa Lepas Cuba Bantu Peniaga Lemang ‘Sendu’, Rupa-Rupanya…

Artikel berkaitan: “Semua tak boleh makan” – Wanita Kesal Peniaga Tak Jujur, Terkejut Dapat Ikan Dah Busuk

@mukhriznasir_

Dugaan Pagi ni, Allahu☺️ #famliyfish

♬ bunyi asal – MUKHRIZ SDN BHD – MUKHRIZ SDN BHD

Bukan itu sahaja, barang jualannya seperti ikan dan udang yang disimpan di situ turut dicuri.

Melihat beberapa barangan niaga hilang, lelaki itu hanya mampu terduduk dengan situasi yang dihadapi.

Jelasnya, dia menggunakan motosikal untuk mengambil barang jualan itu kerana kereta yang digunakan untuk berniaga sedang rosak.

“Kereta kami rosak, gearbox pecah, kami pergi ambil ikan pun naik motosikal.

“Sebab clutch kereta mula-mula putus, duit dah keluarkan. Bila dah tahu punca, rupanya gearbox rosak, Allahuakbar.

“Nak berniaga, nak berniaga apa? Barang hilang,” rintihnya.

Maklumnya, dia tidak dapat simpan barangan tersebut di rumahnya kerana tidak mempunyai pengangkutan yang besar untuk mengangkat barang jualan.

Menerusi video berasingan, dia turut menjelaskan motosikal yang digunakan itu pula hanyalah kenderaan yang dipinjam daripada kawan. Tambahnya, dia reda dengan situasi yang menimpanya.

https://www.tiktok.com/@mukhriznasir_/video/7290416975484898578

Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian ramai, rata-ratanya menitipkan doa supaya urusan lelaki itu dimudahkan. Ada juga yang menawarkan bantuan untuk membeli khemah baharu buat peniaga itu.

Semoga peniaga ini tabah dengan dugaan yang dihadapi…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.