in

Kereta Penuh Dengan Sampah Gara-gara Salah Parking, Tapi Netizen Cakap Mangsa ‘Play Victim’?

Collage 41

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hidup berjiran ni kenalah sering bertoleransi, kalau tidak memang banyak benda boleh jadi gaduh. Dekat mana-mana pun, tak kiralah rumah teres ke rumah pangsa ke mesti ada akan ada punya kes bergaduh disebabkan parking kan?


Biasanya bergaduh pasal parking ni berlaku bila kita pandai-pandai cop parking sendiri dan marah bila orang lain tiba-tiba park situ masa kita keluar. Tapi kalau duduk tempat yang memang dah disediakan tempat khas, boleh jadi jugak ke benda macam ni?

Baru-baru ni, satu posting yang dikongsikan di dalam group Facebook “B40 & T20 Buat Perangai Apa Hari Ini” telah mendapat perhatian ramai.

“Owner lot parking berperangai anjing”

293776561 1414909522604999 954545522404968436 N

Menerusi posting tersebut, seorang wanita telah menceritakan insiden yang berlaku ke atas dirinya gara-gara tersalah parking dekat lot orang lain.

Menurut wanita tersebut, kereta suaminya telah tersalah parking di tempat orang lain. Disebabkan ini, kereta suaminya itu telah dikunci tayar dan perlu membayar denda.

Namun begitu selepas tiga hari, wanita ini telah turun ke lobi untuk membayar denda berjumlah RM75. Sementara menunggu pengawal keselamatan ambil kunci, wanita ini telah pergi ke keretanya dan membuka pintu belakang dan mendapati keretanya itu berbau busuk.

But, rupanya owner lot parking ni berperangai anjing, dia umpil kereta bukak pintu buang sampah yang bertaik tu.

“Betul-betul pailang lah lu anjing siap bukak kereta laki aku!

“You kalau sikap tu masih lagi macam orang-orang duduk kat hutan, you jangan pandai-pandai nak pindah tempat kerlass macam ni, tak sesuai dengan you. Kite penduduk sini tak buat perangai sampah macam you tau. First time ke you duduk condo orang have-have ni? Siannnn.”

Melalui laporan polis yang dikongsikan, wanita ini berkata dia telah pun meletakkan keretanya ke tempat parking asal dan membuang sampah di dalam keretanya itu namun tak pasti sekiranya terdapat barang yang hilang atau pun tidak.

293998343 1414909559271662 8865726675225966258 N

“Salah parking sampai berhari-hari memang mendapatlah”

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen rata-rata netizen telah mengecam tindakan wanita ini yang dikatakan sengaja play victim. Kata mereka, keretanya itu memang layak dibuat seperti itu kerana tempoh “salah parking” tersebut sampai tiga hari hingga menyusahkan orang.

Screenshot 2022 07 21 At 11.08.07 Am Down

Ah pulak dah, korang rasa macam mana, patut ke kereta dia kena macam ni?

 

Baca: “Tak ada tempat lain ke nak parking?” – Kereta Kena ‘Sagat’ Lori Di Lorong Sempit, Salah Siapa Sebenarnya?

Screenshot 2022 07 21 At 11.16.46 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.