in

Kerap Kongsi ‘Challenge’ Di Youtube, Peminat Terhibur Tonton Gelagat Mira Filzah Dan Pasangan

Ft Mira 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasangan Mira Filzah dan Wan Emir kini dilihat semakin kerap dilihat berkongsikan video bersama di akaun Youtube milik mereka. Bagi mereka yang tidak tahu, Youtube channel milik pasangan sudah di subscribe oleh seramai 145 ribu peminat walaupun hanya mempunyai sebanyak 9 video sahaja.


Lebih mengejutkan kebanyakkan video yang dikongsi oleh pasangan itu mencecah lebih satu juta tontonan!

Bukan biasa-biasa penangan pasangan ini!

Biasalah menjadi pelakon kegemaran ramaikan, mestilah ramai peminat yang teruja untuk mengikuti perkembangan yang dikongsi oleh artis favourite mereka ni.

Antara content-content yang menarik minat penonton ialah challenge yang dibuat oleh Mira dan Emir.

Walaupun setakat ini hanya dua challenge yang dikongsikan oleh mereka, namun rata-rata peminat memberikan feedback positif kerana melihat kecomelan mereka berdua.

Adik Sebagai Tetamu 

Bukan sahaja menampilkan pasangan merpati dua sejoli itu, Mira dan Emir turut menjemput adiknya, Aina serta pasangan sebagai tetamu Youtube channel mereka.

Memperkenalkan whisper challenge sebagai content mereka minggu ini, rata-rata ramai penonton terhibur dengan gelagat kedua-dua pasangan itu.

Walaupun baru diterbitkan semalam, whisper challenge mereka sudah mencatatkan lebih 200 ribu penonton!

Rata-rata netizen terhibur melihat Aina dan Boco yang agak malu sewaktu kemunculan pertama mereka, selain Emir yang gigih mencari jawapan sampaikan macam-macam perkataan dikeluarkannya!

Bukan itu sahaja, peminat sempat pula demand untuk pasangan AinaBoco sebagai tetamu bagi video seterusnya.

Wah, suka hati je korang demand kan!

 

Capture 10

 

Berdasarkan komen netizen, tak kurang juga yang minta Mira untuk buat house tour dan ghost pepper challenge pula lepas ni! Korang rasa Mira buat tak?

Comel juga la tengok gelagat mereka ni, lemah-lembut je. Korang kalau dah tengok video Wan Emir dan Mira Filzah, jangan lupa pula nak jenguk channel Lobak Merah okay!

Baca : Youtuber Buang 2 Bayi Baru Lahir Dalam Tong Sampah Lepas Bersalin, Dipenjara 40 Tahun

Capture 11 1

Sumber: Youtube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.