in

Youtuber Buang 2 Bayi Baru Lahir Dalam Tong Sampah Lepas Bersalin, Dipenjara 40 Tahun

Ft Anak 1

Pelik tapi benar, seorang ibu sanggup membuang anaknya yang baru dilahirkan selama 2 tahun berturut-turut.

Wanita itu yang dikenali sebagai Alyssa Ann Dayvault yang juga seorang Youtuber kecantikan membuang anaknya ke dalam tong sampah pada tahun 2017 dan 2018.

Walaupun wanita berusia 32 tahun itu gagal untuk menghadirkan diri sewaktu perbicaraan pada bulan Oktober lalu, pihak juri menetapkan beliau didakwa dengan dua pertuduhan membunuh terhadap kanak-kanak yang menyebabkan dia dipenjara selama 40 tahun. 

Dayvault dikatakan membunuh anak perempuannya pada tahun 2017, sebelum diikuti oleh anak lelakinya pada tahun berikutnya di rumah di Carolina, lapor Dailystar.

Capture 1 2 4

Selepas keputusan tersebut dibacakan, Youtuber itu tidak dapat menahan sebak selain turut memohon untuk hukumannya dipertimbangkan semula.

Saya hanya mahu meminta maaf. Saya harap suatu hari nanti, mereka akan maafkan segala perbuatan saya.

Bukan kelahiran yang pertama

Kelahiran bayi lelaki dan perempuan pada tahun 2017 dan 2018 bagaimanapun bukanlah kelahiran yang pertama buatnya.

Wanita itu turut mempunyai dua lagi anak yang masih hidup.

Kematian kedua-dua bayi lelaki dan perempuan membuatkan Dayvault memohon maaf kepada teman lelakinya yag juga bapa kepada bayi malang tersebut.

Saya ingin memohon maaf kepada Matechens. Saya langsung tidak mempunyai niat untuk berbuat begitu. Saya tidak pernah menyakiti sesiapa. Saya telah melakukan kesilapan yang besar sekali. Saya tidak akan melakukan perkara yang menyakiti sesiapa terutamanya kepada kanak-kanak.

 

Capture 4

Dia turut mendakwa mengalami masalah gangguan mental, namun kenyataan itu ditolak oleh pihak mahkamah.

Ketika disoal oleh pihak polis, wanita itu mengaku tidak lagi mampu untuk memiliki anak.

Soal penjagaan anak ini satu amanah yang besar, jadi kalau rasa dah tak boleh nak jalankan tanggungjawab itu, lebih baik untuk elakkan diri daripada terikat dengannya…

 

Baca : Dengar suara malaikat sebelum bunuh anak Kes Bayi Dilumur Garam Dibunuh Bapa, Ada Kaitan Dengan Ajaran Sesat?

Capture 4 5

Sumber: Dailystar
Sumber: Youtube