in

Kerajaan Sedang Kaji Untuk Turunkan Lagi Harga Covid Self Test Kit – Tengku Zafrul

Kerajaan Kaji Turunkan Harga Covid Test Kit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Kanan Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini memaklumkan bahawa kerajaan kini sedang mengkaji untuk menurunkan lagi harga kit ujian kendiri COVID-19 RTK – Antigen, menjelang hujung tahun ini.


Menurut Awani, beliau berkata langkah penurunan harga itu adalah untuk membolehkan pengesanan kontak dapat dibuat dengan lebih cepat.

Untuk mengembangkan usaha ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengiktiraf beberapa kit ujian kendiri COVID-19 yang boleh dibeli di farmasi seluruh negara.”

Selain itu, bagi memastikan kit ujian ini boleh didapati oleh rakyat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah meletakkan harga siling di bawah RM20 untuk satu kit ujian.”

Covid Self Test Kits

Menurutnya lagi, kerajaan juga sedang meningkatkan keupayaan pengesanan kontak menggunakan teknologi serta data mobiliti.

Individu yang berpotensi menjadi kontak rapat akan dikenal pasti dan kemudiannya diberi arahan untuk kuarantin kendiri. Bagi yang tiada gejala atau gejala ringan pula diminta untuk kuarantin dan pengawasan di rumah.”

Terdahulu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa harga runcit kawalan bagi kit ujian kendiri berkenaan ditetapkan pada harga RM19.90, berkuatkuasa 5 September lepas.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Alexander Nanta Linggi berkata tindakan itu menunjukkan kerajaan prihatin dan serius dalam menangani kos sara hidup yang meningkat pada masa kini serta tanda sokongan kementerian untuk mengekang wabak Covid-19 di Malaysia.

Baca: Harga Siling Kit Ujian Kendiri COVID 19 Ditetapkan Pada RM19.90 – Menteri Kesihatan

Turun Harga Test Kit Covid Khairy Jamaluddin

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.