in

“Kerajaan Negeri Selangor Tidak Akan Tolak Sepenuhnya Pelaksanaan Lockdown” – MB Selangor

Fi Pkp Baru Edit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tengah hari tadi satu sidang media khas COVID 19 negeri Selangor telah diadakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam Negeri Selangor, Dr Siti Mariah dan Pengerusi Selangor Task Force COVID 19, Datuk Seri Dr Dzulkifli Ahmad yang membincangkan isu wabak tersebut di negeri itu.


Menerusi sidang media itu, mereka telah memaklumkan inisiatif yang bakal diambil oleh kerajaan negeri iaitu dengan membeli vaksin untuk mempercepatkan proses vaksinasi di Selangor.

Selain itu menurut Dr Dzulkifli pula menyatakan bahawa kerajaan negeri Selangor mahukan lockdown yang dilaksana lebih mempunyai sasaran supaya lebih efektif.

 

Lockdown penuh di Selangor

Walau bagaimanapun melalui sidang media khas berkenaan isu kemanusiaan di Palestin dan perkembangan Covid 19 di Selangor, Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Haji Amirudin Shari,  menerangkan dengan lebih lanjut tentang lockdown yang dinyatakan.

Sidang media khas Isu Kemanusiaan di Palestin dan Perkembangan Covid-19

#FBLive Sidang media khas isu kemanusiaan di Palestin dan perkembangan Covid-19 oleh Dato' Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari

Posted by Media Selangor on Wednesday, May 19, 2021

 

Menerusi akaun Twitternya juga, beliau ada menyatakan dengan lebih ringkas bahawa kerajaan negeri Selangor tidak akan menolak sepenuhnya pelaksanaan lockdown.

Namun beliau turut menggesa untuk mempertimbangkan beberapa inisiatif yang lebih utama kerana ia amat penting supaya rakyat Selangor dapat menjamin kelangsungan hidup jika dilakukan total lockdown.

Antara perkara yang di utarakan adalah berkenaan moratorium, PDPR yang cekap dan bantuan kewangan kepada golongan B40.

 

Baca : “Selangor tidak terlalu parah” – K’jaan Negeri Minta Pertimbang Semula PKP Penuh, Bimbang Jejas Ekonomi

Lockdown 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.