in

Kerajaan India Umum Sekat 59 Aplikasi Dari China, Ini Sebabnya…

Untitled Design 27 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Krisis antara kerajaan India dan China semakin belarutan apabila kerajaan India semalam mengumumkan penyekatan sebanyak 59 aplikasi yang berasal dari China. Banyak aplikasi yang popular telah disekat antaranya Mobile lagends, WeChat dan Tiktok!


Menurut sumber ini adalah senarai aplikasi yang telah disekat di India, Difahamkan, alasan yang diberi adalah  untuk keselamatan, keselamatan, pertahanan, kedaulatan dan untuk melindungi data & privasi orang-orang India

1 33

TikTok telah menjadi aplikasi pertama yang dikeluarkan dari Google Play Store dan App Store setelah pengumuman tersebut. Setakat ini, pengguna yang sudah install aplikasi di telefon dapat menggunakan aplikasi seperti biasa. Namun, pengguna baru atau yang sudah mempunyai akaun Tiktok tetapi mahu install kembali, maaf, tak boleh.Capture 5

 

Sementara itu, TikTok telah mengatakan bahawa pihaknya sedang dalam proses untuk berbincang tentang perintah untuk melarang aplikasi tersebut dan menegaskan bahawa pihaknya belum berkongsi maklumat pengguna India dengan pemerintah asing, termasuk China.

Kenapa tiba-tiba jadi macam ni?

Konflik yang melanda di kawasan pergunungan di Lembah Galwan di Ladakh, wilayah Kashmir yang bersempadan Tibet di China, yang meragut 20 nyawa askar India dan puluhan lain ditawan, telah menyebabkan kedua-dua negara kuasa nuklear tersebut saling menuding jari menyalahkan antara satu sama lain.

Perdana Menteri India, Narendra Modi mengeluarkan amaran akan memberikan kebebasan untuk pasukan tentera India bertindak balas terhadap sebarang keganasan selepas ini.

Susulan itu, India bertindak menyekat penggunaan 53 aplikasi telefon pintar yang dihasilkan China, dan bukan sekadar aplikasi sahaja bahkan segala produk yang berasal dari China

Jadi ini boleh dikatakan salah satu strategi perang dari India yang bukan sahaja fokus kepada peperangan, tetapi turut menjejaskan ekonomi China. Bijak kan?

Baca: China Kerah Sebahagian Besar Tenteranya Ke Sempadan India, Pemerhati Ramal Perang Dunia Ketiga?

Aa 1 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.