in

Keputusan Lafaz Cerai Ditangguhkan 27 Julai Ini, Hafidz Roshdi Dakwa Shuhada Dah Banyak Kali Minta Cerai

Hafidz Cerai Shuhada

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keputusan Mahkamah Rendah Syariah mengenai pengesahan lafaz cerai yang dibuat oleh pelakon Hafidz Roshdi, 29, terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29 hari ini akan ditetapkan pada 27 Julai depan.


Menurut Harian Metro, Hafidz mendakwa bahawa Shuhada sudah lama mohon cerai daripadanya.

“Sudah berkali-kali Shuhada mohon cerai dari saya dan bukan pada tahun ini sahaja. Walaupun sudah banyak perdamaian dan dialog dijalankan, perceraian juga yang dipinta olehnya. Jadi hari ini, kehendaknya (untuk bercerai) sudah diturutkan.”

Tambah Hafidz, pihak mahkamah sudah mendengar keterangannya dan Shuhada, seterusnya ia akan putuskan mengikut undang-undang.

“Saya sudah selesai memberikan keterangan bagi kes pengesahan lafaz cerai di mana saya dan Shuhada sama sama hadir ke mahkamah untuk memfailkan kes ini pada 27 Februari lalu.

“Mahkamah juga sudah menetapkan tarikh 27 Julai depan untuk keputusan kes ini. Saya juga serahkan kepada pihak mahkamah untuk buat keputusan,”

Dalam pada itu, Hafidz juga ada menjelaskan perincian terhadap waktu dia bertemu dengan anak dan menepis dakwaan membuat laporan palsu. Boleh tengok video di bawah ni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Harap isu ini segera dapat diselesaikan dan akhiri persengketaan.

Baca : “Tiba-tiba kata tak setuju” – Nurul Shuhada Kecewa Hafidz Roshdi Buat ‘U-turn’ Isu Hadanah

Shuhada Kecewa Hafidz Buat U Turn 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.