in

“Kepala kat ground floor, badan kt tingkat 3” – Dahsyat! Wanita Putus Kepala Lepas Earphone Tersangkut Kat Lif

Featured 50

Kisah yang admin nak kongsikan kali ni level ‘dahsyat’ dia dah macam filem Final Destination. So kalau korang jenis hati kental seperti The Rock, dijemput untuk baca yer.

Kejadian ini dilaporkan berlaku di Bandar Vadodara, India semalam apabila seorang wanita dilaporkan putus kepala dalam tragedi menyayat hati di sebuah kilang plastik di bandar tersebut.

Menurut Polis, mangsa Sushila Vishwakarma yang berasal dari Uttar Pradesh meninggal dunia di tempat kejadian.

0 Bapod Police1
Kilang dipercayai tempat kerja mangsa

Yang lebih menyedihkan apabila kepala mangsa berusia 48 tahun itu ditemui di tingkat bawah manakala badannya yang terputus di dalam lif di tingkat 3.

Memetik Mirror, dapatan awal polis mengesyaki yang kejadian itu berpunca daripada earphone yang dipakai mangsa yang dipercayai tersangkut pada pagar lif.

Pegawai Penyiasat Balai Polis Bapod, M N Saporiya memaklumkan yang lif dinaiki mangsa merupakan lif tidak berbumbung yang biasanya digunakan untuk mengangkat barang-barang di dalam kilang tersebut.

Spekulasi awal mengatakan yang mangsa berkemungkinan sedang menggunakan telefonnya dan tanpa sedar dia telah mengeluarkan kepala ketika lif bergerak naik ke tingkat atas.

Download 1
Lif dipercayai jenis sama dinaiki mangsa

Badannya naik ketingkat paling atas manakala kepalanya terputus”

Badannya itu kemudian dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba dan akan diserahkan kepada keluarga selepas Post Morterm.

Polis kini sedang menyiasat sama ada terdapat kerosakan pada lif tersebut sehingga menyebabkan kemalangan berkenaan.

Hati-hati lepas ni kalau naik lif guys!

Baca : Musibat punya jantan- Kanak-kanak 2 Tahun Koyak Hati, Pendarahan Pankreas Dan Lebam Usus Didera Bapa Tiri Sampai Mati

Anak