in

Kenyataan Mempersenda Pasukan Keselamatan, Datuk Mohamaddin Mohon Maaf

Ft Warisan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam sibuk nak menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN), kecoh pula video mengenai calon Parti Warisan Sabah (WARISAN), iaitu Datuk Mohamaddin mempersendakan pasukan keselamatan.


Susulan penularan video itu, Datuk Mohamaddin bertindak memohon maaf kerana menurutnya video yang tular tersebut telah disalahertikan oleh ramai pihak.

Beliau turut mengatakan bahawa tidak terlintas niatnya untuk memperkecil atau menghina tugas anggota keselamatan yang berjuang menjaga kedaulatan negara daripada pencerobohan, lapor Berita Harian

“Ketika memberikan ceramah itu, saya memberikan gambaran kesukaran yang dihadapi oleh anggota keselamatan kita dalam mempertahankan kedaulatan negara yang berpunca daripada kelemahan kerajaan terdahulu dalam menyelesaikan isu pendatang tanpa izin.

Jelasnya lagi kenyataan yang dikatakan itu berbentuk gambaran terhadap situasi yang dihadapi oleh pihak anggota keselamatan.

“Seharusnya video yang ditularkan itu dimainkan sepenuhnya dan bukan hanya merujuk kepada soal berkenaan semata-mata dan saya mengutuk sekeras-kerasnya permainan kotor pihak tertentu yang jelas mahu menjatuhkan maruah Parti Warisan Sabah,” – Datuk Mohammadin

Beliau yang juga merupakan calon WARISAN menegaskan bahawa kenyataan itu bukan berbentuk hinaan malah ia dipercayai telah diputarbelitkan oleh pihak lawan.

Namun begitu, akhirnya Datuk Mohammadin bertindak memohon maaf sekiranya video yang tular tersebut telah mengguris hati ramai pihak terutamanya pihak anggota keselamatan.

Siapa pun kita, kena sentiasa berjaga dalam pertuturan. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya…

Baca : “Ini parti pertama diterajui belia” – Syed Saddiq Umum Akan Daftar Parti MUDA Hari Ini

Capture 2 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.