in

“Kenyataan itu tidak keluar daripada mulut saya” – Ayat Diputar Belit, Ini ‘Statement’ Sebenar Dr Mujahid

Mujahidrawa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berhubung dengan kehangatan isu serbuan khalwat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof Rawa mendakwa bahawa kenyataannya telah diputar belit oleh akhbar tempatan.


Menurutnya, kenyataan itu bukanlah keluar daripada mulutnya sendiri dan sengaja ditokok tambah sehingga mencetuskan salah faham dalam kalangan netizen di media sosial sejak hari Sabtu lepas.

Susulan itu, menerusi laman rasmi, Facebook beliau, Dr Mujahid Yusof Rawa mengeluarkan kenyataan perbualan temuramah bersama akhbar tempatan tersebut.

“Kenyataan saya dalam temubual itu tidak keluar dari mulut saya”

Ketika ditemubual oleh TV Al-Hijrah berhubung isu tersebut baru-baru ini, Dr Mujahid mendapati bahawa tajuk akhbar tempatan tersebut tidak selari dengan apa yang dikatakan.

“Kenyataan saya dalam temubual di Star itu, apa yang disebut dalam kepala tajuk itu tidak keluar dari mulut saya. Saya hanya bercakap tentang isu kesalahan ataupun yang dikatakan ruang awam dengan ruang peribadi, dan saya meng ‘hightlight’ kan tentang salah guna kuasa dan pencerobohan di ruang peribadi yang tidak menggambarkan kaedah dan cara Islam”

Tambahnya lagi kenyataan tersebut dikatakan berbaur fitnah terhadap dirinya

“Saya tidak pernah menyebut isu kononnya dihentikan pada waktu malam, tidak diketuk pintu itu semua adalah tambahan daripada editor yang mengambil rumusan mereka sendiri daripada kenyataan-kenyataan saya. Sila rujuk di dalam interviewnya keadaan yang lebih tepat maksud yang saya ingin sampaikan.”

 

Kenyataan sebenar Dr Mujahid

Mujahidrawa3
Sumber : facebook

Disebabkan itu, Dr Mujahid mengeluarkan teks temubual bersama akhbar tempatan  yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu untuk netizen lebih memahami konteks yang cuba disampaikan

“Q: Anda berbicara tentang Rahmatan Lil Alamin dan keterangkuman. Adakah anda bercakap tentang Muslim dan juga bukan Muslim?

A: Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan Islam itu Agama Persekutuan, dan artikel yang sama turut menyebut kepercayaan lain bebas diamalkan.

Kita amalkan kebebasan, dan sebagai seorang Muslim, anda juga harus melindungi kebebasan orang lain. Saya kekal komited dalam melindungi kebebasan kepercayaan lain.

Q: Sewaktu era Barisan Nasional, portfolio anda dilihat sebagai penjaga moral (moral guardian). Adakah anda berhasrat untuk meneruskan perkara itu?

A: Dalam isu moral, anda akan ada dua kategori. Yang pertama ialah situasi anda dalam lingkungan peribadi iaitu sebagai seorang individu, dan situasi dalam lingkungan awam. Saya percaya dalam setiap kepercayaan, ada prinsip moralnya tersendiri.

Dalam menjalankan pentadbiran kerajaan, kami telah nyatakan dengan jelas, garisan antara lingkungan peribadi dan ruang awam secara keseluruhan.

Katalah anda telah melakukan sesuatu secara peribadi, maka saya tidak akan masuk campur, walaupun sebenarnya mengikut standard saya, ia adalah sesuatu yang salah.

Saya akan melibatkan diri sekiranya sesuatu yang dilakukan secara peribadi itu mengganggu atau menceroboh ruang awam secara keseluruhan, di mana ia mungkin menimbulkan kebimbangan dari segi sensitiviti, dari segi undang-undang, atau pun jenayah.

Pada ketika itu kerajaan akan masuk campur, bukan kerana kami mahu menjadi polis moral atau mengganggu ruang peribadi anda, tetapi kerana kami juga harus mempertahan dan menjamin kepentingan awam. Jika anda berbicara tentang polis moral, anda juga berbicara tentang mencerobohi ruang privasi seseorang, yang mana ia merupakan sesuatu yang kita tidak mahu lakukan.

Q: Katalah seseorang itu melakukan sesuatu di belakang pintu tertutup, atau khalwat. Sekarang pegawai penguatkuasa boleh memecahkan pintu dan menahan mereka. Adakah ini akan berubah?

A: Saya akan memberi panduan kepada kesemua agensi di bawah saya, terutamanya pegawai penguatkuasa, jangan masuk campur ruang peribadi seseorang.

Isu berkaitan penguatkuasaan terhadap khalwat, yang anda rasakan sering disalahgunakan, tidak kesemuanya. Tetapi ada beberapa ketika ia telah dieksploitasi dan disalahguna.

Penguatkuasaan ke atas aktiviti khalwat terletak di bawah institusi kehakiman di bawah negeri, dan ia bukan di bawah kementerian saya, tetapi kami mempunyai platform di mana kita akan bertemu kesemua pengarah negeri jabatan Hal Ehwal Islam, serta berkongsi pandangan dari sudut Kerajaan Persekutuan berhubung isu ini.

Q: Anda telah mewarisi sebuah kementerian yang mana orang-orang di dalamnya sering menganggap diri mereka sebagai polis moral. Bagaimana anda mahu mengubah corak pemikiran kumpulan ini?

A: Saya telah mengambil beberapa langkah serius dalam usaha mereformasi apa yang sering dipanggil sebagai “polis moral” oleh pihak yang memantau kesemua perkara, apa yang anda lakukan dalam bilik anda, atau adakah anda ini seorang Muslim yang baik, walaupun di dalam rumah anda sendiri.

Kita telah mulakan usaha dalam merangka polisi baik untuk Persekutuan, mahupun di agensi peringkat negeri yang terletak dalam bidang kuasa kementerian saya, di mana agensi-agensi ini, terutama sekali Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), akan mengamalkan “compassionate Islam”.

Perbincangan sedang dijalankan tentang bagaimana perkara ini boleh dilaksanakan, dan dibudayakan. Ia pastinya bukan mudah. Akan ada pihak yang menentang, walaupun di kalangan pihak urus tadbir. Saya beritahu mereka – “anda mungkin mempunyai intrepretasi tersendiri, tetapi anda harus menghormati polisi kerajaan kini”

Ini adalah sebahagian kenyataan berhubung isu, untuk dapatkan kenyataan penuh boleh rujuk laman Facebook rasmi Dr Mujahid Yusof Rawa.

Sehubungan dengan itu, pihak Dr Muhajid mengeluarkan kenyataan media dan menggesa akhbar tempatan tersebut untuk kemukakan permohonan maaf secara terbuka dalam masa 24 jam.

 

“Sekiranya perkara ini tidak dibuat dalam masa 24 jam….”

Mujahidrawa4
Sumber : facebook

” KENYATAAN MEDIA

Berhubung laporan akhbar The Star yang bertajuk ‘No More Moral Policing’ serta versi online ‘No more night khalwat raids or intrusion into Muslims private lives says Mujahid’

Ingin saya tegaskan bahawa tiada langsung dalam temubual Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Dato’ Dr Mujahid Yusof bersama media berkenaan yang disiarkan pada 6 Oktober 2018 mengeluarkan kenyataan seperti tajuk yang ditulis akhbar berbahasa Inggeris berkenaan.

Malah, selepas penelitian dibuat, saya juga mendapati YB Menteri langsung tidak menyebut perkataan seperti yang ditulis dalam berita berkenaan pada perenggan pertama iaitu:

No more knocks on the door in the middle of the night and no more breaking down of doors by the religious authorities investigating reports of khalwat or other alleged wrongdoings.

(https://www.thestar.com.my/…/putting-compassion-into-prac…/…).

Bersama ini juga ialah link transkrip soal jawab The Star bersama Dato’ Dr Mujahid:
https://www.facebook.com/DrMujahidYusofRawa/posts/1946001542105336?__tn__=K-R

Ekoran tajuk yang disensasikan serta perenggan pertama yang ditulis berdasarkan interpretasi wartawan media tersebut, berita ini menjadi viral hingga menyebabkan salah faham terutamanya terhadap umat Islam di negara ini.

Saya amat menghormati kebebasan media, namun ini tidak bermakna pihak media boleh menulis berita di luar konteks sehingga tercetusnya perdebatan awam dan memberi impak negatif kepada YB Menteri.

Sehubungan itu, selepas menerima pandangan dan nasihat daripada pelbagai pihak, saya menggesa pihak The Star memohon maaf secara terbuka kerana menulis laporan yang salah sehingga menyebabkan kekeliruan dan permohonan maaf itu perlu disiarkan di akhbar berkenaan serta di portal mereka.

Sekiranya perkara ini tidak dibuat dalam masa 24 jam, tindakan lebih tegas akan diambil.

Siti Zulaikha Zulkifli
Setiausaha Akhbar 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama)

Dikeluarkan pada 7 Oktober 2018 (Ahad) “

Bagaimanapun, masih belum dapat sebarang respon daripada pihak akhbar tempatan tersebut. Menurut kenyataan tersebut, tindakan lebih tegas akan dilakukan jika tidak mendapat sebarang permohonan maaf secara terbuka.

 

Baca: Tiada Lagi Serbuan Khalwat, kerajaan Tak Boleh masuk Campur – Mujahid Rawa

Mujahidrawaaaaaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.