in

Kenapa Sibuk Nak Bawa BTS Datang Malaysia? Ini Penjelasan Syed Saddiq

Untitled Collage 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada artis tempatan sampai naik hantu bila Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman nak bawa kumpulan K-pop BTS ke Malaysia.


Ditambah pula dengan kecaman pedas pengguna media sosial, yang turut mempolitikkan isu ini dan mengaitkan dengan perihal agama sehingga masing-masing tak nak kalah dengan pendapat mereka — umpama menuang minyak ke api yang sedang marak.

Enggan mengeruhkan keadaan, YB Syed Saddiq tampil dengan penjelasan mengapa BTS menjadi artis pilihannya sebagai sebahagian daripada agenda mempromosikan negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

 

“Dulu Malaysia destinasi utama “

Syed 3

Syed 4

Dalam satu perkongsian yang dimuatnaik di laman Facebooknya semalam, Syed Saddiq menjelaskan — rancangan itu dibuat untuk menarik kedatangan orang luar sekali gus mempertingkat pertumbuhan sektor pelancongan negara ini.

Syed Saddiq turut menyertakan case study yang menunjukkan betapa besarnya impak industri hiburan kepada satu-satu negara — sehingga berupaya menjana puluhan juta ringgit kepada sektor ekonomi yang secara langsung atau tidak, dapat merasai nikmat tempiasnya.

Beliau mempersoalkan adakah negara tidak serik kerana seringkali ‘tidak dipandang’ oleh pihak penganjur luar — yang memilih Singapura, Thailand dan Indonesia sebagai venue persidangan atau konsert antarabangsa mereka.

Coldplay

Menteri muda itu turut memberi contoh Singapura yang sering mendahului Malaysia sebagai destinasi penganjuran acara melibatkan artis-artis luar — seperti Coldplay sebelum ini.

Berpuluh ribu pelancong luar datang ke Singapura dan Singapura juga yang dapat kesan berganda dalam pelancongan. Semua mata tertumpu kepada Singapura, bukan Malaysia.

 

“Fasiliti kita antara yang terbaik di Asia”

Lp

Syed Saddiq kemudian menjelaskan, Malaysia mempunyai fasiliti antara yang terbaik di Asia dan kelebihan itu perlu dimanfaatkan bagi meraih dana puluhan juta ringgit.

Mengambil contoh Stadium Wembley yang bukan sahaja untuk digunakan tujuan bola sepak, tetapi sebagai ruang ikonik yang disewa dan diguna pakai oleh semua — beliau juga mahu Stadium Nasional Bukit Jalil dan Axiata Arena dimanfaat bagi tujuan sama.

Katanya, Perbadanan Stadium Malaysia kini dikendalikan golongan profesional dan mereka berada di landasan untuk menjana keuntungan pertama.

Sambil mengulas lanjut, beliau turut menafikan dakwaan individu lain yang menuduh pihaknya tidak menghargai artis tempatan.

Kita mesti berani berfikir di luar kotak. Saya tidak mahu Malaysia untuk jadi destinasi pilihan kedua dan ketiga. Saya mahu Malaysia menjadi nombor satu.

 

Baca: “Ni menteri yang nak jahanamkan artis tempatan agaknya..” – Awie Bidas Tindakan Syed Saddiq Nak Bawa Kumpulan BTS Tahun Depan

Featured 53

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.