in

Kenapa Masih Belum Dapat Jodoh? Ini Sebabnya…

page jk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika kita lihat pada masa dulu, ramai yang menamatkan zaman bujang pada usia yang agak muda, namun, kini sebaliknya yang berlaku.

Sekarang lebih ramai yang berkahwin lambat kerana pelbagai faktor termasuklah belum bertemu dengan orang yang sesuai. Betul, jodoh di tangan Tuhan, tetapi diri sendiri juga perlu ada usaha dan keinginan dalam mencari jodoh.


Jika korang tertanya-tanya kenapa masih belum mendapat jodoh, ini kami senaraikan sebab-sebabnya.

 

1. Terbiasa buat semua perkara sendiri

Dari kecil kita sudah dibiasakan untuk menjadi seorang yang independent. Yelah, senang nanti bila dah besar. Bila dah dewasa pulak, kita dah terbiasa buat semua benda sendiri. Adakalanya hilang rasa kepentingan untuk berkahwin kerana sudah selesa dengan keadaan sekarang.

giphy 3 3

 

2. Terlalu memilih

Dengan pendidikan yang biasanya menjadi kayu ukur bagi wanita dalam mencari calon suami, semakin lambatlah wanita nak berkahwin sebelum menjumpai Mr. Perfect mereka. Sebab ada masanya bila dah pandai, perangai dia pulak korang tak berkenan. Yang lelaki pulak, dia tau nak awek cantik dengan yang pandai masak je. Oppsss!

j
Gambar hiasan

 

3. Pernah terluka

Jika sebelum ni korang pernah putus cinta, adakalanya ia mengambil masa yang lama untuk memulihkan hati itu dan ada masanya dihantui oleh si dia yang korang anggap terbaik. So, sebab tu lah, bila ada yang berminat dengan korang, korang reject konon takde chemistry. Padahal dok ingat kat ex.

Sad America Ferrera GIF by HULU

 

4. Terlalu sibuk

Zaman sekarang ni, semua pun mengejar kerjaya dan duit. Sebab tu kita sentiasa busy dan fokus dengan tuntutan kerja. Bila dalam kepala cuma ada kerja, tak sempatlah nak fikirkan hal jodoh dan kahwin terutamanya pada awal kerjaya. Itu belum kira kalau kerja yang asyik kena balik malam atau kena keluar outstation.

Work Working GIF by NewQuest

 

5. Mementingkan keluarga dari diri sendiri

Kepada korang yang memang rapat dengan family, memang susah sikit nak fikir pasal hal sendiri sebab sibuk fikirkan pasal nak bantu ekonomi keluarga ataupun nak jaga ibu dan bapa di masa tua dan masa sakit. So, korang pun takde masa nak fikir untuk dirikan rumah tangga sebab ibu bapa dan keluarga lebih penting.

k
Gambar hiasan

Kepada yang masih mencari jodoh, jangan risau kerana jodoh dan pertemuan telah tertulis. Walau bagaimanapun, perlulah ada usaha dalam mencari the other half. Tak bolehlah duduk diam harap jatuh ke riba ye.

Boleh jugak guna website cari jodoh untuk cari calon suami atau isteri.

Baca: Niat Nak Cari Jodoh di Laman Web, Namun Kena Block Gara-gara Wajah Seperti Johan Raja Lawak

u

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.