Baru-baru ini viral satu video sekumpulan gadis yang ketawa beramai-ramai bila tengok kawan dia menampar dan memijak seorang remaja perempuan berusia 12 tahun. Kejadian yang tular itu berlaku di kawasan tangga sebuah pangsapuri yang terletak di Subang Jaya.
Menurut laporan polis yang dibuat oleh mangsa, remaja yang berbaju kuning di dalam video yang viral itu dikatakan cemburu bila dapat tahu mangsa ada hubungan dengan abang angkat tapi remaja tersebut menafikan perkara itu.
Sebaliknya, remaja itu mengaku yang dia ada pukul mangsa sebab terdorong dengan rasa marah dan geram.
Tiba-tiba followers Instagram naik
Berikutan kejadian pukul yang viral itu, netizen mula pelik kenapa followers Instagram remaja berbaju kuning itu tiba-tiba mencanak naik. Terdahulu, dia dikatakan cuma ada 6 ribu followers sahaja tapi sekarang sudah ada lebih 70 ribu followers di Instagram. Wah, jumlah followers dia dah macam instafamous ye.
“Dah jadi budaya orang Malaysia ke follow orang yang kena kecam?”
Di Twitter, ramai yang beranggapan yang gadis ini tak lama lagi akan jadi terkenal dan dikejar oleh pengasas produk sebab kes dia yang viral. Untuk marketing produk diorang la tu kan.
Tapi, ramai yang tak puas hati sebab followers gadis itu mencanak naik dan merasakan perkara itu tak sepatutnya terjadi kepada orang yang sudah buat kesalahan.
Yang peliknya, ada juga yang kata diorang follow gadis itu sebab senang nak kecam dia balik kalau ada apa-apa kes viral tentang gadis itu lagi.
Ramai yang kecam dia tapi nak buat macam mana kan, dah rezeki dia dapat banyak followers pula tiba-tiba.
Sumber: Twitter, pdrmasia_official