in

“Kenapa dia nak terasa?” – Bakal Disaman RM30 Juta, Bos Besar Mydin Akhirnya Buka Mulut

Collage 46

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ni, boleh dikatakan setiap hari nama Caprice “naik” di media sosial. Macam yang korang tahu, rapper ini sering mengulas tentang isu semasa yang berlaku di media sosialnya.

Terbaru, Caprice telah memaklumkan bahawa dia ingin menyaman pasar raya Mydin ekoran salah satu hantaran mereka yang didakwa telah memalukan dirinya.


Ekoran ini juga, Caprice telah meminta agar pihak Mydin membuat video permohonan maaf dalam tempoh 24 jam dan sekiranya gagal, dia akan menyaman pasar raya tersebut sebanyak RM30 juta.

https://www.instagram.com/p/Cj6BBr0SIxf/?hl=en

Namun begitu, Pengarah Urusan Mydin Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin tidak melatah dengan tindakan yang bakal dibuat oleh Caprice ini. Malah, dia menegaskan bahawa pihaknya tidak membuat apa-apa kesalahan dalam mana-mana ciapan yang dimuat naik di media sosial, lapor Kosmo.

Kami (Mydin) tak ada sebut nama Caprice atau ‘tag’ Caprice dalam hantaran kami, kenapa dia nak terasa?

“Siapa makan cili, dia yang rasa pedas. Kalau betul Caprice nak saman, hantar surat saman kepada pihak kami, biar peguam saya nanti akan semakkan.”

Mengulas mengenai hantaran terbaru Caprice yang menawarkan perbelanjaan percuma di Mydin kepada mana-mana rakyat Malaysia yang bertuah minggu hadapan, Ameer Ali mengatakan pihaknya mengalu-alukan kerja amal tersebut.

Screenshot 2022 10 20 At 3.40.31 Pm

Baguslah kalau Caprice nak buat kerja amal, bantu orang ramai, jangan lupa hubungi pihak Mydin ikut cawangan yang diinginkan.

“Saya pun nak bantu juga, bagi yang terlibat Mydin akan beri 1kg gula kepada anda.”

Apa pun yang berlaku antara pihak Mydin dan Caprice ni, orang yang dapat barang percuma ni nanti jugak yang bertuah ya. Hehehehe

 

Baca: “Bukan teh je, cili pun ada” – Caprice Nak Saman 30 Juta Tapi Mydin Malas Ambil ‘Port’?

Caprice Mydin 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.