in

Kenalkah Anda Dengan Badrolhisham Bidin? Wartawan Legend Sanggup Jadi Pengemis Demi Korek Berita

Skandal Penjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi mereka yang menganggap tugas wartawan ini mudah dan kerjanya sekadar melaporkan berita yang berlaku di sekeliling masyarakat, anda ternyata salah! Banyak suka duka yang dilalui seorang wartawan demi mendapatkan berita sensasi yang tidak didedahkan kepada masyarakat.


Dan anda takkan menyangka apa yang mereka sanggup lakukan demi mendapatkan berita hangat seperti kisah yang dikongsikan lelaki ini. Menerusi perkongsian seorang otai wartawan, Syahril A. Kadir di Facebook, rakan setugasnya pernah menyamar menjadi budak sekolah demi membongkar kisah seorang banduan yang hidup mewah di penjara.

Badrolhisham Bidin atau lebih mesra dipanggil Bad, dahulunya seorang wartawan di Malay Mail ketika era 80-an. Syahril mula mengenali sahabatnya ini ketika dia bertugas sebagai wartawan jenayah kerana sering terserempak di lokasi rompakan, pembunuhan dan lain-lain.

“Kalau korang tengok orangnya, ‘halus dan comel’ sahaja. Tapi tak banyak berbual kerana pengalaman dia dengan aku bezanya macam langit dengan bumi, jadi aku memang letak respek aku dekat dia gila-gilalah walaupun Bad ini tak pernah meletakkan dirinya macam dewa yang perlu kau sembah kakinya,” kata Syahril.

20156023 10155001304191359 2610583575044667294 N
sumber: facebook

Meskipun Bad mempunyai fizikal yang agak kecil, dia tetap berani meredah rumah pelacuran, tempat penagih dadah, disko dan segala macam kawasan jenayah semasa menjadi seorang wartawan.

Malah, jikalau Bad dan rakan-rakannya ada membuat siri laporan khas, pihak berkuasa mulalah tak senang duduk dengan berita yang bakal dibongkarkannya. Fuh dasyat Bad ni! 

“Dengan tubuhnya yang kecik macam budak sekolah tu, Bad akan menyamar jadi macam-macam. Antaranya jadi pengemis minta sedekah.

“Namun yang paling menggegarkan negara apabila Bad dan rakan-rakannya berjaya menghasilkan sebuah laporan eksklusif tentang kisah seorang banduan bernama Abdullah Ang yang hidup mewah dalam Penjara Kajang,” cerita Syahril.

23843278 10155871251123050 1527411262651028668 N
sumber: facebook

Menurut portal Zamkata nukilan Zainudin Maidin, Abdullah Ang adalah antara individu yang mendapat kepercayaan penuh daripada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjadi Ketua Eksekutif Perbadanan Pelaburan Seberang Laut Malaysia (MOIC).

Pun begitu, Ang telah dikenakan hukuman penjara lapan tahun dan didenda sebanyak RM100,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 15 Disember 1986 kerana mengaku bersalah terlibat dalam pecah amanah yang bernilai RM338,808.80.

23755480 10155871291593050 1061207099204934019 N
sumber: facebook

Apa yang menariknya, Bad dan rakan-rakan telah membongkarkan kisah Ang yang menjadi ‘Banduan Istimewa’ di Penjara Kajang pada 19 Ogos 1989 menerusi akhbar Malay Mail.

Di Penjara Kajang, Ang dikatakan mempunyai bilik yang dilengkapi peti sejuk, karpet, perakam video dan tilam jenis waterbed. Fuyoo! Namun bukan itu yang menjadi kecurigaan Bad…

“Kira-kira lagi dua hari sebelum dibebaskan dari penjara, kelibat Ang telah dilihat di pusat bandar KL! Ang ketika itu memakai t-shirt dan seluar putih. Sampai saja ke pengetahuan Malay Mail, editornya telah menghantar wartawan mereka antaranya Bad dan jurugambar untuk menjejaki Ang.” 

Menerusi laporan akhbar nukilan Bad, Ang tidak ditemani oleh sebarang wadar atau pegawai penjara ketika berada di luar penjara. Malah dia juga kelihatan selamba bersama keluarga tetapi mula menutup wajah apabila sedar ada jurugambar yang merakam kelibatnya di kilang pakaian keluarga.

Kes ini telah mendapat perhatian meluas dan apabila disoal kepada pegawai penjara akan hal tersebut, Ang dikatakan terlibat dalam sebuah sistem di mana ia merupakan persediaan pra-pembebasan yang mana banduan dibenarkan bekerja di luar supaya mereka dapat membiasakan diri apabila sudah bebas kelak. Eh macam tu pulak? 

Yang pasti, disebabkan laporan Bad dan kawan-kawannya itulah, rombakan dalam penjara telah dibuat termasuk akhirnya jawatan tertinggi Ketua Pengarah Penjara telah diberikan kepada pegawai kanan PDRM ketika itu!

“Dan korang nak tahu tak macam mana Bad berjaya membongkarkan cerita ini, dia bantai pakai baju sekolah dan tunggu bas sambil ‘skodeng’ Ang balik rumah!” kata Syahril.

Fuh dah macam ejen-ejen perisik dah siap menyamar semua! 

23755347 10155871255738050 3284749659185119524 N
sumber: facebook

Kata Syahril, kehebatan Bad dan rakan-rakannya ini telah meletakkan berita tersebut sebagai ‘expose of the century’ hingga kini! Tahniah Bad!

23843136 10155871252973050 4785739930431704232 N
sumber: facebook

Wah tak sangka hebat betul wartawan ini merisik berita. Jurnalis zaman sekarang kena belajar ilmu hebat ini daripada otai-otai bidang kewartawanan seperti mereka. Semoga kisah wartawan legend ini terus menjadi inspirasi buat wartawan muda di luar sana!

Baca: Wartawan ‘Undercover’ Dedah Penderaan Kejam Terhadap Kanak-Kanak OKU di Pusat Terapi

Pukul 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.