in

Kena Spekulasi Mata Bengkak Sebelah Sebab ‘Join’ Illuminati, Ini Respon Sempoi Naim Daniel

Ft Naim Daniel Respon Sempoi Illuminati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi peminat Naim Daniel yang ada follow dia di media sosial, pasti tahu dengan keadaan terkini penyanyi lagu Sumpah ini, tangan patah dan muka ada sedikit bengkak dan luka di bahagian matanya.


Namun begitu, ada pula segelintir pihak sengaja membuat spekulasi yang kurang enak mengenai dirinya.

 

Mata luka sebab Illuminati?

Spekulasi timbul apabila ada seorang netizen ternampak satu akaun Instagram yang mendakwa kononnya Naim Daniel ini terlibat dalam satu ‘gerakan bawah tanah’, Iluminati kerana matanya itu.

Seperti yang peminat sedia maklum, Naim Daniel kini giat melakukan aktiviti skating dan baru-baru ini Naim dikatakan mengalami kemalangan ketika melakukan aktiviti tersebut dan Naim sendiri ada kongsikannya di Instagram pada 5 hari lepas.

Oleh itu, individu ini terpanggil untuk memberikan respon kerana dia sendiri menyaksikan Naim terjatuh dan membawa Naim ke hospital untuk menjalani rawatan bagi menjawab dan menepis spekulasi itu.

Screenshot 2022 01 18 151858

Memandangkan perkongsian ini telah meraih lebih daripada 4,000 jumlah retweets dalam masa 14 jam, ia membuatkan tuan empunya badan, Naim Daniel sendiri terpanggil untuk jawab spekulasi ini.

Pun begitu, Naim tidak melatah dan bersikap lebih terbuka, dia hanya memberikan respon sempoi terhadap dakwaan tersebut.

Gua nak jadi skater yang LU-MINATI!”

 

Admin nak buat permohonan maaf

Berikutan dengan isu ini mendapat perhatian netizen, admin daripada page yang bertanggungjawab ada tampil memberikan respon. Mereka menafikan bahawa ada membuat dakwaan tersebut.

“Adakah min pernah keluarkan statment Bahawa En Naim kena Soul Scalping. Saya juga Berfikir dimana statment min yang mengatakan En Naim join ilmunati.”

Disebabkan perkara ini juga, akaun IG ini dikatakan telah diserang oleh para peminat Naim Daniel dan katanya akan membuat permohonan maaf kepada tuan empunya badan.

 

Baca : “Tak pernah dengar orang tolak vaksin sebab agenda Illuminati” – Nadir Al Nuri

Nadir Al Nuri Palestin Divaksin Bukan Agenda Yahudi

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.