in

“Kena report ni” – [VIDEO] CCTV Pusat Beli Belah di JB ‘Intai’ Pengguna Tandas?

Cctv Pusat Beli Belah 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kamera litar tertutup (CCTV) sememangnya amat diperlukan di tempat-tempat awam khususnya untuk menjaga keselamatan diri dan orang sekeliling.


Ia juga dapat membantu apabila terdapat kes kecemasan atau kecurian yang memerlukan rakaman atau bukti untuk dilanjutkan kepada pihak berkuasa.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular sebuah video pendek di laman sosial TikTok apabila kelihatan sebuah CCTV yang menghala terus ke dalam sebuah tandas di dalam pusat membeli-belah.

@ekalorange

Siapa tahu lokasi kat mana? CLUE : mall di Bandar JB #toiletcctv #toiletprank #tacood #seram #fyp

♬ EH BANGSAT NI TAK NAMPAK AKU KE AKU NI TUNGGUL KE – Syahmi Hisham

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @ekalorange itu menimbulkan persoalan di kalangan netizen kerana kedudukan CCTV tersebut amat mencurigakan, bahkan ia boleh dilihat dengan jelas bagi sesiapa yang berada di dalam tandas tersebut.

Difahamkan, situasi aneh itu terjadi di sebuah pusat beli belah yang agak ternama di Johor Bahru.

“Nasib baik belum b*gel” 

Pengguna TikTok tersebut dalam video itu menyatakan nasib baik dia masih belum menanggalkan apa-apa pakaian lagi.

Ramai yang menyarankan untuk membuat aduan berkenaan kedudukan CCTV tersebut, pun begitu ada juga yang merasakan tingkap tandas itu mempunyai tint gelap yang membuatkan kamera tersbut tidak boleh melihat ke bahagian dalam tandas.

Cjjb

Apa korang buat kalau berada dalam situasi macam ni?

Baca: “Boleh kena saman” –  [VIDEO] Pasang CCTV Menghala Rumah Jiran Sebenarnya Salah, Ini Penjelasan Peguam

Cctv Rumah Jiran

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.