in

“Kena maksum ke jadi menteri?” – Syed Saddiq Bidas Netizen Tular Gambar Tengah ‘Clubbing’

My Post 2019 11 11T181433.602

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kita dekat atas, mesti ada orang yang cuba nak jatuhkan kita dengan mengungkit atau keluarkan balik cerita-cerita lama.


Macam kes baru-baru ni yang berlaku di Twitter, di mana satu akaun dengan nama Naratif Rakyat telah memuat naik gambar Syed Saddiq dari tahun 2013 sedang menari di sebuah kelab malam.

Naratif Rakyat menulis, “Tissue tak terkoyak ke masa buat joget style gerudi?”

“Saya mengaku dan tidak mahu menipu”

Namun, Syed Saddiq nampaknya tak cepat melatah dengan tweet tersebut sebaliknya dia telah membalas tweet itu dengan membuktikan yang dia lebih berhemah.

Dengan menggunakan slang internet #okboomer yang sering digunakan oleh orang muda untuk “sekolahkan” generasi lebih tua yang sering memandang rendah pada millenials, Syed Saddiq mengaku yang dia juga pernah ada sejarah dan mengaku itu adalah dirinya.

Syed Saddiq juga mengajak rakyat untuk berhenti bercakap tentang isu lapuk dan fokus kepada isu semasa.

Netizen juga turut sama memberikan sokongan kepada menteri muda ini dan meminta Syed Saddiq untuk abaikan kata-kata negatif seperti tweet tersebut.

Screenshot 2019 11 12 At 3.42.35 Pm Screenshot 2019 11 12 At 3.43.01 Pm Screenshot 2019 11 12 At 3.43.19 PmScreenshot 2019 11 12 At 3.45.30 Pm

Pun begitu, ada juga netizen yang tertanya-tanya, lagu apa yang YB Syed Saddiq tengah dengar masa tu, sebab nampak “layan sungguh.” Ada-ada je korang ni!

Screenshot 2019 11 12 At 3.45.44 Pm Screenshot 2019 11 12 At 3.45.55 Pm Screenshot 2019 11 12 At 3.46.10 Pm Screenshot 2019 11 12 At 3.45.07 Pm

Apa-apa pun betul cakap YB, banyak lagi isu-isu yang boleh kita bahaskan, tak payahlah sampai gambar dulu-dulu semua nak naik balik. Ye dokkk?

 

Baca: “Dia perempuanlah” – Syed Saddiq Sangkal Ada Setiausaha ‘Pondan’, Semua Hanya Khabar Angin

Screenshot 2019 11 12 At 3.50.20 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.