in

“Kena kuat macam DSV”- [Video] Nangis Sampai Mata Bengkak, Netizen Titip Kata-kata Semangat Buat Cik B

Ft Cik B

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Cik B semakin dikenali dalam kalangan peminat industri tempatan pada masa kini. Mana tidaknya, baru sahaja tamat lakonannya dalam drama bertajuk ‘Lelaki Lingkungan Cinta’, gadis itu dilihat melebarkan sayapnya dalam bidang nyanyian pula.


Wah, luas rezeki Cik B!

Tapi biasalah, cubaan pertama tidak semestinya berakhir dengan baik. Video nyanyian Cik B dikatakan mendapat kecaman hebat daripada netizen.

Tidak dinafikan kata-kata yang dilemparkan oleh netizen itu sedikit-sebanyak pasti mengguris hati Cik B. Ialah, netizen ni kalau dah emosi main lepas cakap je…

 

Nangis sampai bengkak

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Dato Seri Vida (DSV), Cik B dikatakan menangis seharian sehingga menampakkan matanya sedikit bengkak.

Dalam video yang sama, Cik B dilihat menyanyi sekuat hati di dalam tandas rumahnya bagi melepaskan kesedihan yang dialaminya.

Menurut DSV, video tersebut dirakamnya secara curi-curi bagi menunjukkan keadaan sebenar yang dialami anak gadisnya itu.

Siapa je tak down kalau dah kena hentam bertubi-tubi, ada banyak lagi cara nak menegur…

 

“Kena kuat macam DSV”

Kecaman netizen adalah sesuatu yang biasa pada masa kini terutamanya dalam bidang industri hiburan tanah air.

DSV sendiri pernah melaluinya di awal kemunculannya dahulu.

Tapi tidak dinafikan melihat keadaan Cik B yang tengah down, banyak kata-kata semangat dititipkan buat gadis ini.

Capture 11

Capture 1 6

Min rasa tak salah pun kalau korang nak kongsi pendapat, tapi jaga la sama bahasa tu okay? Dah. jangan gaduh-gaduh!

Baca : Ye cikb 15 tahun underage Buat Gimik Bercinta Untuk Drama Lelaki Lingkungan Cinta, Netizen Bimbang Cik B Kena Child Grooming

Capture 12 1

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.