in

“Kena cekup walaupun dah bagi visa yang sah” – ‘Member’ Mati Dalam Tahanan, Warga Nigeria Buat Protes Depan Kedutaan?

Nigeria8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Kena cekup walaupun dah bagi visa yang sah" - 'Member' Mati Dalam Tahanan, Warga Nigeria Buat Protes Depan Kedutaan?
Loading
/

Semalam, ada video viral di Twitter yang menunjukkan warga Nigeria mengamuk dan melakukan protes di hadapan kedutaannya yang bertempat di Ampang Hilir.


Mereka dakwa ‘diganggu’ oleh pihak berkuasa tempatan dan mereka mahu tuntut keadilan.

 

Salah seorang warga mati dalam tahanan?

Menurut apa yang dikatakan pengguna Twitter @alwinhimself ini, punca kemarahan mereka apabila salah seorang tahanan yang juga merupakan penuntut PHD mati dalam tahanan.

Khabar angin yang mengatakan mangsa dah menunjukkan visa yang sah ini di transcribe balik melalui satu voice note yang diterima oleh salah seorang warga Nigeria sendiri.

Nigeria3

 

Tahanan merupakan penuntut PhD di Limkokwing

Whatsapp Image 2019 07 12 At 10.51.58 Am

Mangsa tersebut merupakan seorang penuntut di kolej Swasta Limkokwing, Thomas Orhionsefe Ewansiha.

Disebabkan itu, ada khabar angin mengatakan bahawa penuntut-penuntut kolej warga Nigeria tengah merancang untuk menjalankan aktiviti demo di kolej tersebut.

Ini kerana ada voice note daripada penuntut kolej tersebar melalui aplikasi Whatsapp dan sampai ke tangan admin.

Dalam voice note tersebut individu tu menggesa untuk semua pelajar terutamanya warga Afrika untuk memakai pakaian serba hitam sempena kematian Thomas.

Susulan dengan penyebaran khabar angin  terhadap perancangan mereka untuk mengadakan demo pada hari ni, difahamkan pihak polis sekarang tengah berkumpul dan sedang membuat pengawasan ketat diseluruh kawasan kolej tu.

Whatsapp Image 2019 07 12 At 10.51.59 Am 1 Whatsapp Image 2019 07 12 At 10.51.59 Am

 

Kelas terpaksa ditangguh

Nigeria4

Namun, berikutan kes ini sebab mangsa ditahan, dikatakan ada kaitan dengan kegiatan jenayah, bahkan punca kematian pun bukanlah salah Imigresen.

Whatsapp Image 2019 07 12 At 10.56.59 Am 1

Sama-samalah kita tunggu kenyataan daripada pihak Imigresen, pihak kedutaan Nigeria pun tak ada buka mulut.

 

Baca : “Kau ingat raja main TikTok ke?” – Setia Dengan ‘Putera Nigeria’, Awek Utara Ditahan Cuba Bawa Masuk Syabu Ke Jepun

Nigeria5

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.