Mesti ramai yang tahu mengenai kes saman fitnah melibatkan pelakon, Amber Heard dan bekas suaminya, Johnny Depp yang berlaku pada tahun lepas.
Sehinggakan ada portal berita yang melaporkan bahawa kes itu telah membuatkan kerjaya Amber Heard jatuh merundum kerana pemilik studio Hollywood sukar mempertimbangkan untuk memberi Heard peranan utama.
Pun begitu, baru-baru ini syarikat produksi Warner Bros. telah menayangkan trailer pertama mereka untuk filem Aquaman 2: The Lost Kingdom yang membuatkan ramai peminat terkejut dengan penampilan barisan pelakonnya.
Apa yang menjadi perhatian netizen adalah, dari trailer filem berkenaan dapat dilihat kelibat pelakon, Amber Heard dalam sebuah adegan pergaduhan.
Oleh itu, ia telah menimbulkan tanda tanya kepada netizen, adakah Amber Heard akan kembali memegang watak utamanya sebagai Mera dalam filem berkenaan?
Difahamkan, trailer yang ditayangkan oleh Warner Bros. itu masih belum dikeluarkan untuk tayangan umum kepada peminat mereka.
Terdahulu, menurut sebuah portal, ada segelintir peminat telah membuat petisyen terhadap Amber Heard untuk dikeluarkan dari projek sekuel Aquaman, iaitu Aquaman 2 yang bakal ditayangkan pada hujung tahun ini.
Petisyen berkenaan diwujudkan untuk mereka sepakat beramai-ramai memastikan Heard tidak akan lagi memainkan watak Mera, yang begitu dekat dengan Arthur Curry, lakonan Jason Mamoa.
Netizen berbelah bahagi?
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen berbelah bahagi dengan perkara tersebut kerana ada di antara mereka yang masih berasa bengang dengan Amber Heard sejak kes saman fitnah yang membabitkan dirinya itu.
Ada juga netizen yang mengatakan bahawa, screen time Amber Heard telah pun dikurangkan oleh syarikat produksi filem berkenaan.
Apa komen korang pasal benda ni?
Sumber : The Star, Independent, Hypebeast
Baca : Johnny Depp Bercinta Dengan Peguam Sendiri, Sering Bertemu Secara Rahsia Di Hotel