Kempen CASA-i Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 (SBMB 2.0) hampir melabuhkan tirai dan kali ini menawarkan hadiah berjumlah RM2.4 juta termasuk beberapa buah kereta mewah untuk dimenangi.
Edisi kali ini sekali lagi menawarkan hadiah lumayan buat para pelanggan setia MBSB Bank Berhad (MBSB Bank). Untuk maklumkan, SBMB 2.0 ini telah bermula sejak 1 September 2022 dan akan berakhir pada 31 Mei 2023.
Penyertaan terbuka kepada pelanggan individu dengan akaun Semasa atau Simpanan MBSB Bank dengan deposit minimum RM100.

Berbanding penganjurannya sebelum ini, SBMB 2.0, mencatatkan peningkatan penyertaan sebanyak 90% berbanding tahun sebelumnya!
Baru-baru ini, cabutan utama untuk suku pertama SBMB 2.0 telah pun dijalankan dan hadiah-hadiah kepada pemenang Kategori Cabutan Utama dan juga Kategori Cabutan Simpanan Tinggi Serantau di Wilayah Pantai Timur telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi MBSB Bank, Encik Jesleigh Johari.
Pemenang Cabutan Utama Suku Pertama
Pemenang bertuah yang berasal dari Kuala Terengganu, Encik Mohamad Jefri Mohamad, telah terpilih sebagai pemenang cabutan utama dan membawa pulang sebuah kereta mewah Mercedes Benz A 200.

Manakala empat lagi pemenang, Low Beng Cheong, Low Wan Choon, Kamarudin Yahya dan Zulkeflee Ismail masing-masing memenangi wafer emas bagi Cabutan Simpanan Tinggi Serantau di Wilayah Pantai Timur.
Kalau dicongak, ada dua lagi cabutan akan dibuat dan mengikut tarikh-tarikh berikut :

Anda juga berpeluang untuk memenangi dua lagi kereta mewah dalam kempen CASA-i Simpan Berganda Menang Bergaya 2.0 MBSB Bank ini, caranya mudah sahaja iaitu dengan membuka akaun simpanan atau akaun semasa secara dalam talian.
Kemudian, deposit sekurang-kurangnya RM100 untuk akaun simpanan, atau RM1,000 untuk akaun semasa bagi melayakkan anda menyertai cabutan-cabutan yang disebutkan.
Boleh klik di pautan : Kempen CASA-i Simpan Berganda Menang Bergaya (SBMB 2.0) untuk maklumat lanjut serta syarat penyertaan.
MBSB Bank adalah Ahli PIDM. Dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.
