Semalam, kita digemparkan dengan berita kematian seorang pelakon sambilan, Syazlin Zainal yang dikatakan punca kematiannya masih lagi dalam siasatan. Ini telah mengejutkan ramai pihak termasuk rakan-rakan dan peminat.
Hari ini, polis telah mengesahkan kematian influencer media sosial itu akibat terjatuh daripada tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 12.50 tengah hari, semalam, lapor Kosmo.
Menurut beliau, mangsa yang berusia 26 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.
“Hasil siasatan polis mendapati wanita berkenaan adalah seorang warga tempatan berusia 26 tahun dan bekerja sebagai pelakon sambilan.”
“Sebab kematian adalah jatuh dari tingkat 22 pangsapuri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah, Johor,” katanya, lapor Berita Harian.
Dalam pada itu, Raub menjelaskan siasatan awal polis tidak mendapati sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Susulan itu, pihak polis turut meminta bantuan orang ramai yang melihat kejadian untuk tampil memberi maklumat di Balai Polis Taman Pelangi atau berhubung dengan pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mat Nawi Ab Rahman di talian 016-5050808.
Sementara itu, Trisya (sepupu mangsa) melalui hantaran di Twitter memohon orang ramai berhenti membuat spekulasi mengenai kematian Syazlin.
Syazlin pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya, Sitik Tok, Dia Yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.
Innalillahiwainnailaihirojiun.. semoga keluarga arwah kekal tabah…
Baca : Pelajar Sekolah Pondok Di Indonesia Maut Selepas Didenda Berendam Dalam Kolam Ikan