in

Kemalangan Angkara Pemandu Mabuk Paling Dahsyat Dalam Sejarah, 27 Terkorban

Feat 38

Sejak akhir-akhir ini kita kerapkali dihidangkan dengan laporan mengenai kemalangan libatkan pemandu mabuk malah sampai ke tahap meragut nyawa.

Malah kerajaan sendiri bercadang untuk meneliti kembali akta sedia ada supaya hukuman setimpal dan lebih ketat dapat dikenakan kepada pesalah.

Ini kisah tragedi berdarah Carrolton, Kentucky

Pada hari kejadian 14 Mei 1998, Gereja Pentecostal Radcliff membuat lawatan ke sebuah taman hiburan di Mason, Ohio yang disertai 65 orang yang majoritinya remaja.

Kesemua mereka bertolak awal pagi dan menempuh perjalanan sejauh 262 kilometer dengan dipandu seorang paderi, John Pearman.

Tiga jam kemudian mereka tiba di taman hiburan tersebut, selepas seharian berhibur di Kings Island tiba lah masa untuk pulang.

Namun tanpa disangka kira-kira pukul 10.55 malam, di lebuhraya Interstate 71 di persisiran Carrolton, bas yang dinaiki lebih 60 orang itu bertembung dengan sebuah pacuan empat roda.

1 17

Apa yang mengecewakan ialah kenderaan pacuan empat roda tersebut telah dipandu secara lawan arus, malah siasatan juga mendapati bahawa pemandu tersebut, Larry Mahoney memandu dalam keadaan mabuk.

Pasukan polis turut menjumpai sekotak- 12 tin Miller Lite sejuk (minuman alkohol), dan ketika itu kotak tersebut kekurangan beberapa tin.

Namun ketika itu tiada sesiapa yang terbunuh, namun kejadian selepas itu yang benar-benar menyayat hati.

001573082

Letupan kuat dengan suhu 1,093 celcius, lebih 20 maut!

Selepas perlanggaran itu, pacuan empat roda tersebut tersepit di bahagian hadapan bas, mengakibatkan sebatang spring tercucuk ke tangki minyak.

Disebabkan hentaman yang kuat, pintu bas tak dapat dibuka dan kenderaan yang terseret di atas jalan telah memercikkan api yang seterusnya menyambar tangki minyak.

Akibat daripada itu, satu letupan kuat berlaku menyebabkan api menjulang tinggi, dan suhu bas ketika itu dianggarkan pada tahap 1,093 darjah celcius.

26 orang dilaporkan maut termasuk pemandu bas, 34 cedera dan dan 6 penumpang berjaya keluar ketika bas terseret di atas jalan.

3 7

Manakala, Mahoney iaitu pemandu pacuan empat roda hanya mengalami cedera.

Susulan kejadian itu, masyarakat cukup marah dengan Mahoney lebih-lebih lagi komuniti gereja yang terlibat kemalangan.

Mahkamah akhirnya jatuhkan hukuman penjara 16 tahun atas sebab Mahoney menjadi punca kepada 27 orang terkorban.

 

Baca : Nak berbincang ke nak mabuk? 9 Pakcik Kena Tahan Langgar PKP, Lepak Minum Arak Tapi Bagi Alasan Ada Discussion

Baca 13

Sumber: the patriots
Sumber: the patriots